Sabtu, Oktober 31, 2009
10 hari kebizian...
salam semua..sorry dah 10 hari xmengblogger...bukan apa...bizi skit...ditambah plak dengan broadban aku nie yg agak kurang menjadi sejak akhir² nie... ntah la broadband nie buat masalah pulak...kadang² ada line pastu xde plak...hurmm....ok xpe nanti aku akan post paper yang updated² untuk tatapan semua....daa....salam...
Selasa, Oktober 20, 2009
16 September diisytihar cuti umum
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam mengisytiharkan Hari Malaysia yang disambut setiap 16 September sempena penubuhan Persekutuan Malaysia dengan penyertaan Sabah dan Sarawak pada 1963, sebagai cuti umum di seluruh negara mulai tahun depan.
Dengan pengisytiharan itu yang diputuskan Jemaah Menteri, baru-baru ini, rakyat akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar.
Perdana Menteri berkata, Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan rakyat mengenai perjuangan mencapai kemerdekaan daripada penjajahan yang dirayakan dengan pelbagai acara rasmi, seperti perarakan untuk mengingati detik sejarah itu.
"Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosiobudaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia," katanya pada sidang Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) yang meminta penjelasan sejauh mana penerimaan rakyat ke atas seruan 'Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia' dan jenis program yang difikirkan berkesan bagi mencapai hasrat itu.
Perdana Menteri berkata, pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat adalah satu titik sejarah yang amat penting. Maka kita juga mahu suka duka rakyat di Sabah dan Sarawak dapat dirasai oleh rakyat di Semenanjung.
Menjawab soalan tambahan Marcus mengenai identiti rakyat Malaysia, Najib berkata, negara sejak dulu lagi memilih kaedah integrasi, bukan asimilasi seperti negara jiran, Filipina, Indonesia dan Thailand.
"Pemimpin kita dari dulu lagi bersikap terbuka dan inklusif kerana itulah jalan terbaik apabila dapat tampilkan satu kekuatan, `unity in diversity' dan tidak ada negara lain yang seunik Malaysia," katanya.

Harga Minyak Lonjak Lagi AS$80 1 Tong
NEW YORK: Harga minyak mentah melonjak kepada AS$80 setong, sekali gus petanda bahawa krisis kewangan global mulai pulih, ditambah dengan kedudukan mata wang dollar Amerika Syarikat yang lemah.
Sejak lapan bulan dagangan, harga minyak meningkat kepada AS$10 setong berikutan permintaan tinggi pasaran global, terutama pemulihan yang berlaku di Amerika yang menjadi pembeli terbesar minyak dunia.
Kontrak hadapan New York bagi minyak mentah 'light sweet crude' bagi pengagihan bekalan November ditutup AS$1.08 lebih tinggi kepada AS$79.61 setong, semalam.
Paras paling tinggi diniagakan semalam ialah AS$79.69 setong, harga tertinggi sejak pertengahan Oktober 2008 lalu.
Di pasaran minyak mentah London Brent North Sea, pengagihan bekalan bagi Disember pula menokok 78 sen untuk ditutup kepada AS$77.77 setong. - AFP
Sumber: Berita Harian 20 Okt 09

Isnin, Oktober 19, 2009
Kisah Seorang Pondan
Disuatu kawasan pedalaman di Kedah, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya Minah.
Minah membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan
mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai
kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya. Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.
Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang pondan, dan seorang kaki mabuk. Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Minah terpaksa memilih salah seorang dari
mereka.
Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Minah memilih si pondan bernama Leman untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang pondan daripada tinggal dengan seorang pemabuk.
Minggu demi minggu berlalu. Leman telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. Leman kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka. Gembiralah si Minah ni tadi.
Kerana ingin menghargai kerajinan si Leman ni, Minah pun berkata kepada Leman, "Leman, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja..." Gembiralah Leman, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.
Sampailah ke tengah malam, Leman tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah Leman pulang kerumah.. Sampai ke rumah, di dapati Minah sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran unggun api.
"Buka butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Minah. Leman dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut, melakukan apa yang diarahkan. "Sekarang, buka kasut but ku." Leman buat, perlahan sekali. "Buka, setokin ku.." Dia buat juga. "Sekarang, buka skirt ku." Dia buat juga. "Sekarang buka coliku." Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.
"Sekarang....buka seluar dalamku..." Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya. Kemudian, Minah pun memandang Leman, sambil berkata... "Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot." Ekekekek... apa yg engkorang pikir haaa? ISH..ISH... compom fikir lain ni.........................

Kenapa Aku Pecat Secretary ku!!!
Dua minggu yang lalu merupakan ulang tahunku yang ke-35 dan mood-ku tidak terlalu baik pada pagi itu. Aku turun untuk
sarapan dengan harapan isteriku akan mengucapkan dengan penuh sukacita. Selamat
Ulang Tahun suamiku tersayang
Waktu berlalu dan bahkan dia tidak mengucapkan selamat pagi.
Aku berpikir, ya, itulah isteri, tapi mungkin anak-anakku akan ingat kalau hari ini aku berulang tahun. Anak-anak datang ke meja makan untuk sarapan namun mereka juga tidak mengatakan satu patah katapun. Akhirnya aku berangkat ke bilik tidur dengan perasaan penuh kecewa dan sedih.
Di pejabat, Ketika aku masuk ke pejabat, sekertariku, Janet, menyapaku Selamat pagi Boss, Selamat Ulang Tahun Dan akhirnya aku merasa sedikit terubat mengetahui ada seseorang yang mengingat hari ulang tahunku.
Aku bekerja sampai tengah hari dan kemudian Janet mengetuk pintu bilikku dan berkata, Apakah tuan tidak menyadari bahwa hari ini begitu cerah di luar dan hari ini adalah hari ulang tahun tuan, mari kita pergi lunch, hanya kita berdua.
Aku berkata Wow!, itu adalah perkataan yang luar biasa yang saya dengar hari ini, mari kita pergi. Kami berdua perg lunch. Kami tidak pergi ke tempat di mana kami biasanya lunch, tetapi kami pergi ke tempat yang sepi. Kami memesan 2 gelas fresh orange dan menikmati makanan tengahari kami.
Dalam perjalanan pulang ke pejabat, Janet berkata, Anda tahu ini adalah hari yang begitu indah, kita tidak perlu kembali ke pejabat kan? Tidak perlu, saya pikir tidak perlu jawabku. Lalu dia mengajak saya untuk rehat ke apartmentnya. Setelah tiba di apartmentnya, dia berkata.. Tuan, jika tuan tidak keberatan, saya akan pergi ke ruang tidur dan berpakaian seksi sedikit..
Tentu saja boleh, sahutku dengan gembira. Dia pergi ke kamar tidur dan kira-kira enam minit kemudian dia keluar membawa kek ulang tahun yang besar diiringi oleh isteri, anak-anakku dan sejumlah rakan kerja kami sambil menyanyikan lagu Selamat Ulang Tahun. Aku hanya duduk terpaku di sana, Di sebuah sofa panjang, telanjang tanpa sehelai benang.

Langgan:
Catatan (Atom)