KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat semalam memecat empat ahli Jawatankuasa Pusat (CC) parti yang dilantiknya tahun lalu, berkuat kuasa serta- merta.
Mereka ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung; Setiausaha Penganjur Kebangsaan MCA, Yoo Wei Hou; Datuk Chai Kim Sen dan Gan Hong Su.
Mereka digantikan dengan tiga anggota CC yang baru iaitu Datuk Donald Lim, Chua Tee Yong dan Datuk Tan Chin Meng.
Mereka menerima surat pemecatan pada jam 10.30 pagi sebelum dapat menghadiri mesyuarat CC di ibu pejabat parti di sini, semalam.
Chor dalam sidang akhbar bersama tiga bekas ahli CC itu berkata, tiada alasan diberikan Ong dalam surat pemecatan yang diterima mereka beberapa jam sebelum mesyuarat jawatankuasa bermula.
Beliau yang terperanjat dengan keputusan itu berkata, pemecatan mungkin dibuat kerana mereka tidak bersetuju dengan pelan perpaduan Ong sebaliknya mahu supaya pemilihan baru dilakukan untuk mengatasi kemelut dalaman MCA.
Walaupun setuju Ong mempunyai kuasa untuk memecat mereka, katanya, keputusan itu boleh disifatkan sebagai tindakan terdesak Presiden untuk terus menerajui MCA.
Katanya, tindakan Ong itu akan menjadikan MCA bahan cemuhan.
"Mungkin dengan membuat keputusan ini (pemecatan), beliau (Ong) mahu menjaga kedudukannya. Beliau (Ong) menyatakan mengenai pelan perpaduan tetapi beliau sendiri tidak mahu perpaduan dalam parti," katanya.
Ong dalam sidang media selepas mesyuarat CC bagaimanapun menafikan beliau memecat empat ahli CC itu sebaliknya hanya pertukaran biasa untuk mengukuhkan CC.
"Saya dan CC bersetuju bahawa pelantikan ketika itu (tahun lalu) akan dikaji setahun kemudian dan kebetulan bila kajian diperlukan didapati bahawa beberapa kerusi ahli CC perlu dikaji semula penyandangnya," katanya.
Pada sidang media itu juga Ong mengumumkan menarik balik mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang dicadangkannya pada 15 Oktober lalu selepas lebih 27 anggota CC menyokong pelan perpaduan antaranya dan Dr Chua.
Beliau berkata, cadangan EGM yang dibawa 16 ahli CC baru-baru ini bagi membolehkan pemilihan baru diadakan juga didapati bertentangan dengan perlembagaan parti.
"Justeru perkara ini perlu diteliti setiausaha agung, ketua biro perundangan dan pihak pencadang EGM," katanya.
Bagaimanapun, seorang ahli CC yang mencadangkan EGM itu, Wong Nai Chee pada sidang media bersama Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya akan berbincang dengan ketua biro perundangan mengenai perkara itu.
Beliau sekali lagi menegaskan kemelut dalam MCA itu hanya boleh diselesaikan dengan pemilihan baru pucuk pimpinan oleh perwakilan pusat.
Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan

Rabu, November 04, 2009
MCA kini ada dua Timbalan Presiden
KUALA LUMPUR: Kemelut MCA terus berpanjangan dengan parti itu kini mempunyai 'dua' Timbalan Presiden apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) semalam memutuskan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang dipecat pada Ogos lalu, masih memegang jawatan berkenaan.
Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dilantik sebagai Timbalan Presiden oleh Jawatankuasa Pusat (CC) pada 15 Oktober lalu, pula mendakwa keputusan ROS melanggar Perlembagaan MCA.
Bagaimanapun, mesyuarat CC lebih lima jam di Wisma MCA di sini semalam, meluluskan usul menerima keputusan ROS dan Liow kembali menjadi Naib Presiden.
Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, berkata ROS menetapkan bahawa tidak berlaku kekosongan jawatan Timbalan Presiden kerana keputusan mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA, 10 Oktober lalu, tidak memenuhi keperluan majoriti dua pertiga seperti dalam Perkara 35 Perlembagaan parti.
"Mesyuarat CC menerima usul keputusan ROS bahawa jawatan Timbalan Presiden tetap disandang Dr Chua. Dengan itu Liow akan kembali menyandang kerusi Naib Presiden," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat CC.
Turut hadir, Dr Chua, Setiausaha Agung, Datuk Wong Foon Meng dan Naib Presiden, Datuk Seri Kong Cho Ha.
Ong berkata, parti itu tidak akan menghalang Liow untuk mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu.
Beliau turut mengumumkan mesyuarat CC menolak cadangan untuk mengadakan EGM bagi pemilihan baru seperti yang didesak 16 anggota jawatankuasa berkenaan sebelum ini.
Sebelum itu, Dr Chua pada sidang medianya mengumumkan beliau masih Timbalan Presiden selepas menerima surat pengesahan ROS, kira-kira jam 11.30 pagi.
Pada Ogos lalu, Majlis Presiden MCA memecat Chua berkuat kuasa serta-merta berikutan kes skandal seksnya.
Bagaimanapun, pada 19 September, CC membatalkan keputusan pemecatan itu dan sebaliknya mengenakan hukuman gantung keahliannya selama empat tahun.
Liow yang mengadakan sidang akhbar berasingan, pula berkata beliau akan mencabar keputusan ROS yang dianggap tidak sah kerana bertentangan dengan perlembagaan parti.
Katanya, beliau juga akan mendapatkan pengesahan mahkamah untuk membatalkan keputusan berkenaan.
"Pada EGM lalu, perwakilan tidak menerima usul untuk mengembalikan jawatan Timbalan Presiden kepada Dr Chua dan CC pula melaksanakan resolusi yang sudah diluluskan dalam EGM berkenaan. Pada 15 Oktober lalu, CC mengisytiharkan kerusi itu kosong.
"Ini bermakna CC sudah menggunakan Perkara 174 yang tidak boleh dipertikai dan dicabar oleh mana-mana pihak. Perkara ini turut disokong oleh Seksyen 18C, Akta Pertubuhan 1966," katanya yang ditemani Ketua Pemuda dan Wanita MCA, Datuk Wee Ka Siong dan Datin Paduka Chew Mei Fun.
Liow berkata, keputusan EGM tidak memerlukan majoriti dua pertiga kerana Dr Chua sebelum itu sudah digantung empat tahun sebagai ahli dan jawatan Timbalan Presiden.
"EGM dibuat susulan daripada penggantungan empat tahun oleh CC terhadap Dr Chua. Jadi dengan majoriti mudah saja, Dr Chua tidak boleh dilantik sebagai Timbalan Presiden," katanya.
Di PUTRAJAYA, Pendaftar ROS, Datuk Md Alias Kalil, berkata pihaknya berpendapat perlucutan jawatan Dr Chua tidak sah kerana tidak mendapat persetujuan dua pertiga perwakilan EGM.
"Selepas meneliti semua fakta, ROS berpendapat tidak berlaku kekosongan jawatan Timbalan Presiden MCA. Justeru, bagi ROS kedudukan pemimpin nombor dua dalam MCA kekal seperti dulu," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, ROS sebelum ini menyerahkan kepada MCA untuk menentukan kepemimpinannya kerana Dr Chua dan Liow menghantar surat memohon masing-masing diisytiharkan sebagai Timbalan Presiden.
"Bukan dalam bidang kuasa ROS untuk mengisytiharkan mana-mana orang sebagai Timbalan Presiden. Malah, dalam surat kepada MCA pagi ini (semalam) kita tidak mengisytiharkan sesiapa sebagai Timbalan Presiden tetapi ROS memberikan interpretasi keseluruhan episod... mulai daripada isu kekosongan jawatan sehingga kepada perlantikan pengganti.
"Berdasarkan kepada pandangan itu, MCA akan menentukan Timbalan Presidennya sendiri," katanya.

Langgan:
Catatan (Atom)