Memaparkan catatan dengan label Ekonomi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ekonomi. Papar semua catatan

Rabu, November 04, 2009

Wang ehsan kepada Kelantan mulai tahun depan: PM

Wang ehsan kepada Kelantan mulai tahun depan: PM

KUALA LUMPUR: Mulai tahun depan, Kerajaan Pusat akan memberi wang ehsan kepada Kelantan hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu menerusi projek pembiayaan projek pembangunan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan demikian di Parlimen di sini, sebentar tadi.

Perdana Menteri berkata, bentuk projek yang akan disalurkan akan dibincangkan dengan Kerjaaan Kelantan.

Berita Harian, 04 Okt 09

Selasa, Oktober 20, 2009

Harga Minyak Lonjak Lagi AS$80 1 Tong

NEW YORK: Harga minyak mentah melonjak kepada AS$80 setong, sekali gus petanda bahawa krisis kewangan global mulai pulih, ditambah dengan kedudukan mata wang dollar Amerika Syarikat yang lemah.

Sejak lapan bulan dagangan, harga minyak meningkat kepada AS$10 setong berikutan permintaan tinggi pasaran global, terutama pemulihan yang berlaku di Amerika yang menjadi pembeli terbesar minyak dunia.

Kontrak hadapan New York bagi minyak mentah 'light sweet crude' bagi pengagihan bekalan November ditutup AS$1.08 lebih tinggi kepada AS$79.61 setong, semalam.

Paras paling tinggi diniagakan semalam ialah AS$79.69 setong, harga tertinggi sejak pertengahan Oktober 2008 lalu.

Di pasaran minyak mentah London Brent North Sea, pengagihan bekalan bagi Disember pula menokok 78 sen untuk ditutup kepada AS$77.77 setong. - AFP

Sumber: Berita Harian 20 Okt 09