Suasana di dalam bilik bersalin begitu sunyi sekali. Yang kedengaran hanyalah suara rintihan Rohani menahan kesakitan hendak melahirkan.
"Subhanallah....sakitnya...ssst...ist...isk...isk... aduuh....Bang sakit nya tak tahan saya" keluh Rohani pada suaminya Zamri yang ketika itu ada disisinya.
"Apalah awak ni....susah sangat nak bersalin. Sudah berjam-jam tapi masih tak keluar- keluar juga budak tu. Dah penat saya menunggu. Ni... mesti ada sesuatu yang tak elok yang awak sudah buat , itulah sebabnya lambat sangat nak keluar budak tu. Banyak dosa agaknya," rungut Zamri pula kepada isterinya, Rohani.
Sebak hati Rohani mendengar rungutan suaminya itu, tetapi dia tidak menghiraukannya, sebaliknya, Rohani hanya mendiamkan diri sahaja dan menahan kesakitannya yang hendak melahirkan itu. Rohani tahu sudah hampir 3 jam dia berada dalam bilik bersalin itu tetapi bayinya tidak juga mahu keluar. Itu kehendak Allah Taala, Rohani tidak mampu berbuat apa apa, hanya kepada Allahlah dia berserah.
Sejak Rohani mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zamri terhadapnya. Zamri seolah olah menaruh perasaan benci terhadap Rohani dan anak yang dikandungnya itu.
Jururawat yang bertugas datang memeriksa kandungan Rohani dan kemudian bergegas memanggil Doktor Syamsul yaitu Doktor Peribadi Rohani. Doktor Syamsul segera datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran bayi Rohani itu. Rohani hanya mendiamkan diri menahan kesakitan dan kelihatan air matanya meleleh panas dipipi lebunya itu. Rohani menangis bukan kerana takut atau sakit tetapi kerana terkenang akan rungutan Zamri tadi. Saat melahirkan pun tiba. Doktor Syamsul menyuruh Rohani meneran.
"Come on Ani. You can do it...one more...one more Ani."
Kata kata perangsang Doktor Syamsul itulah yang membuatkan Rohani begitu bertenaga dan dengan sekali teran sahaja kepala bayinya itu pun sudah keluar.
"Alhamdulillah", bisik Rohani apabila dia melihat sahaja bayinya yang selamat dilahirkan itu.
Tiba-tiba Rohani terasa sakit sekali lagi dan dia terus meneran untuk kali keduanya, sejurus itu juga keluar seorang lagi bayi, kembar rupanya.
"Tahniah Rohani, You got twin, boy and girl, putih macam You juga." Begitulah kata kata pujian dari Doktor Syamsul.
"Tahniah Zamri, it's a twin" Doktor Syamsul mengucapkan Tahniah kepada Zamri pula.
Zamri hanya mendiamkan diri sahaja setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya itu, kembar pula. Doktor Syamsul memang sengaja menyuruh Zamri melihat bagaimana keadaan kelahiran anak anaknya itu.
Rohani sudah mula merancang akan nama untuk anak anaknya itu. Yang lelaki akan diberi nama Mohammad Fikri dan yang perempuan akan diberi nama Farhana. Rohani merasa begitu lega sekali setelah melahirkan kembarnya itu, tetapi sesekali bila dia teringat kata kata Zamri sebelum dia melahirkan hatinya menjadi begitu sebak dan sedih sekali. Sebenarnya memang terlalu banyak kata-kata Zamri yang membuat Rohani berasa jauh hati sekali. Terutamanya sepanjang dia mengandung. Tetapi Rohani hanya bersabar, kerana dia tahu kalau dia mengadu pada emaknya tentu dia akan dimarahi semula. Jadi dia hanya mendiamkan diri dan memendam rasa sahaja.
Kedua dua anaknya, Mohammad Fikri dan Farhana telah diletakkan dibawah jagaan Nursery di Hospital Universiti Singapura (NUH) untuk memberi peluang Rohani berehat sebentar, kemudian nanti dapatlah dia menyusukan kedua kembar yang comel itu.
Tiba tiba fikiran Rohani menerbang kembali kedetik detik semasa dia mengandung dahulu. Zamri memang selalu memarahinya, ada sahaja perkara yang tidak kena. Macam macam kata kata nista yang dilemparkan kearah Rohani. Ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal, semuanya dihamburkan pada Rohani seolah olah melepaskan geram. Tidak sanggup rasanya Rohani menghadapi itu semua tetapi demi kestabilan kandungannya, Rohani kuatkan juga semangat dan pendiriannya.
Yang paling menyedihkan sekali ialah sewaktu Rohani mula mula disahkan mengandung. Zamri tidak percaya yang Rohani mengandung anaknya. Dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal untuk mengesahkan kandungan isterinya itu. Keraguan timbul didalam hati Zamri tentang anak dalam kandungan Rohani itu. Zamri tidak boleh menerima kenyataan yang Rohani akan mengandung sebegitu awal sekali sedangkan mereka berkahwin baru 3 bulan. Kandungan Rohani sudah masuk 2 bulan... bermakna Rohani cuma kosong selama sebulan sahaja selepas mereka berkahwin. Bagi Rohani pula itu perkara biasa sahaja yang mungkin turut dilalui oleh pasangan lain juga.
Setelah membuat pemeriksaan Doktor, Rohani pulang kerumahnya dalam keadaan sedih. Pada mulanya Rohani berasa sangat gembira bila dia disahkan mengandung tetapi sebaliknya bila Zamri tidak mahu menerima anak dalam kandungannya itu, perasaannya terus berubah menjadi duka pula. Zamri menuduh yang Rohani berlaku curang, dan anak dalam kandungannya itu adalah hasil dari kecurangan Rohani sendiri. Hati isteri mana yang tidak remuk. Hati isteri mana yang tidak kecewa apabila dituduh sebegitu rupa oleh suaminya sendiri. Rohani pasrah......
Pernah suatu ketika Rohani bertengkar dengan suaminya.
"Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu, pelembut, suka berjenaka, ini tidak asyik nak cari kesalahan Ani sahaja. Mengapa bang?" Rohani bertanya kepada Zamri .
"Kaulah penyebab segalanya. Tak payahlah nak tunjuk baik." Tempelak Zamri.
"Entah jantan mana yang kau dah layani kat opis kau tu." sergah Zamri lagi.
"Abang syak Ani buat hubungan dengan lelaki lain ke? Subhanallah??. Kenapa Abang syak yang bukan-bukan ni, Anikan isteri Abang yang sah, tak kanlah Ani nak buat jahat dengan orang lain pulak, Bang"? sangkal Rohani pula.
"Allah dah beri kita rezeki awal, tak baik cakap macam tu. Itu semua kehendak Allah." Rohani menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zamri meleraikan pelukannya dengan kasar sekali sehingga tersungkur Rohani dibuatnya. Serentak itu juga Rohani menangis . Zamri langsung tidak mengindahkannya. Deraian airmata Rohani semakin laju. Rohani hanya mampu menangis sahaja. Amat pedih sekali Rohani rasakan untuk menahan semua tohmahan dari Zamri, suaminya yang sah.
"Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Ani. Kawan baik dengan bini sendiri, suami sendiri, bapak dengan anak, hah! emak dengan menantu pun boleh terjadi tau, apatah lagi macam kau ni, tau tak. Dulu tu kawan lama kau yang satu opis dengan kau tu, Amran, bukan main baik lagi budak tu dengan kau." bentak Zamri lagi. Tanpa disangka sangka rupanya Zamri menaruh cemburu terhadap isterinya.
"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku lah dapat bini macam engkau ni," kutuk Zamri lagi pada Rohani.
"Bawa mengucap Bang, jangan tuduh Ani yang bukan-bukan. Ani bukan perempuan yang tak tentu arah. Walaupun Ani hanya anak angkat dalam keluarga ni, Ani bukan jenis macam tu, Ani tau akan halal haram, hukum hakam agama."
"Memang Ani tak pernah tau asal usul keluarga kandung Ani, tapi Ani bersyukur dan berterima kasih pada emak angkat Ani kerana menjaga Ani sejak dari kecil lagi. Ani dianggapnya seperti darah daging sendiri."
Rohani mula membangkang kata kata nista suaminya itu.
"Abang jangan cuba nak menghina keluarga kandung Ani kerana walaupun mereka tidak membesarkan Ani tetapi disebabkan merekalah, Ani lahir kedunia ini. Tambah Rohani lagi dengan sebak didada.
Semenjak peristiwa pertengkaran itulah, setiap hari Rohani terpaksa pergi ke tempat kerja Zamri apabila habis waktu bekerjanya. Sementara menunggu Zamri pulang Rohani berehat di Surau tempat Zamri bekerja. Zamri bekerja sebagai seorang salesman handphone di salah sebuah Pusat membeli belah, dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zamri bekerja shif malam terpaksalah Rohani menunggu Zamri sampai tengah malam. Begitulah keadaannya sehingga apabila perutnya semakin membesar pun Zamri masih memaksanya. Terpaksalah Rohani berbohong kepada emak dan keluarganya yang lain dengan mengatakan yang dia buat kerja overtime semata mata untuk mengelakkan pertengkaran dan tuduhan serta kata nista suaminya itu.
Dengan keadaan perut semakin membesar Rohani masih gagahkan juga dirinya pergi bekerja. Kadangkala apabila Zamri tidak menjemput Rohani ditempat kerja terpaksalah Rohani berasak asak menaiki bas untuk pulang . Begitulah keadaan Rohani sehinggalah hampir pada waktu bersalinnya. Pernah sekali Rohani minta dijemput kerana dia sudah larat benar tetapi sebaliknya Zamri membalasnya dengan kata kata kesat kepadanya, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah, perempuan tak sedar diri lah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan dan macam macam lagi kata kata nista dilemparkan kepadanya.
Suatu hari Zamri dalam keadaan marah telah menarik rambut Rohani dan menghantukkan kepala Rohani ke dinding sekuatnya... Rohani hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan. Ini semua gara-gara Rohani hendak pergi ke rumah Mak Saudaranya yang ingin mengahwinkan anaknya di Tampines. Emak Rohani sudah seminggu pergi kesana untuk menolong Mak Saudaranya itu. Hari sudah semakin petang jadi Rohani mendesak agar bertolak cepat sikit, lagipun langit sudah menunjukkan tanda tanda hendak hujan.
"Hari dah nak hujan, Bang. Elok rasanya kalau kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut?" Pinta Rohani.
Tanpa disangka sangka kata kata Rohani itu membuatkan Zamri marah dan dengan dengan tiba-tiba sahaja Zamri bangun. Dengan muka bengisnya, Zamri memandang Rohani.
"Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ke, aku punya sukalah nak pergi malam ke, siang ke, tak pergi lansung ke." marah Zamri.
Rohani menjawab, "Itu Ani tau, Abang kan dah berehat dari pagi tadi takkan masih penat lagi. Sepantas kilat Zamri datang kepada Rohani dan direntapnya rambut Rohani lalu di hantukkan kepala Rohani ke dinding. Rohani tidak berdaya untuk menghalangnya. Ya Allah! Sungguh tergamak Zamri berbuat demikian... terasa kebas kepala Rohani dan dirasakannya mula membengkak. Pening kepala Rohani dibuatnya.
"Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menerima semua ini. Kau lindungilah aku dan kandunganku ini dari segala bahaya dan azab sengsara, Ya Allah.?" Doa Rohani dalam hatinya dengan penuh keluhuran. Rohani memencilkan dirinya disudut dinding dan menangis sepuas puasnya.
"Bang, Ani minta maaf jika kata kata Ani tadi membuatkan Abang marah." Rohani memohon maaf kepada suaminya sambil tersedu sedu.
Hari itu seperti biasa Zamri ketempat kerjanya. Tiba tiba handphonenya berbunyi. Kedengaran suara Doktor Syamsul menyuruhnya datang segera ke hospital, kerana ada sesuatu yang berlaku terhadap Rohani.
Setibanya di hospital sahaja....
"Zamri, kami sudah cuba untuk menyelamatkan Rohani tapi kuasa Allah melebihi segalanya, Rohani mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ini pernah tak Rohani jatuh atau... kepalanya terhantuk kuat pada sesuatu kerana sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama?" Doktor Syamsul bertanya agak serius. Dia inginkan penjelasan sebenar dari Zamri. Zamri hanya mendiamkan diri.
Serentak itu juga Zamri teringat yang dia pernah menarik rambut Rohani dan menghantukkan kepala Rohani ke dinding sekuat kuatnya... dan selepas kejadian itu Zamri tidak pernah sekali pun membawa Rohani ke klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya. Rohani sering mengadu sakit kepala yang teruk... namun Zamri tidak pernah mengindahkan kesakitan Rohani itu, malah baginya Rohani hanya mengada-ngadakan cerita saja. Buat buat sakit untuk minta simpati.
Sambil menekap mukanya dengan tangan Zamri menyesal....
"YA ALLAH apa yang aku dah buat ni."
Doktor Syamsul menjelaskan lagi;
"Doktor Zain yang merawat, kerana Rohani mengadu sakit kepala yang amat sangat sewaktu dia memberi susu pada kembarnya di nursery. Jadi Doktor Zain telah membawa Rohani ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal dan kami tak mampu melakukan apa-apa kerana Rohani tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari awak Zamri"
Hanya satu permintaan terakhir arwahnya, dia minta awak membaca diarinya ini.
"I'm really sorry, Zamri. Allah lebih menyayanginya", kata Doktor Syamsul lagi lalu menyerahkan sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin bayi yang masih baru kepada Zamri.
Zamri mengambil diari tersebut. Satu lembaran ke satu lembaran dibukanya. Setiap lembaran tertulis rapi tulisan tangan Rohani mencoretkan peristiwa yang berlaku padanya setiap hari. Begitu tekun sekali Zamri membacanya dan ternyata banyak sekali keluhan, kesakitan & segala luahan rasa Rohani semuanya tertera didalam diari tersebut. Zamri dapati setiap peristiwa itu semuanya adalah perlakuan buruk Zamri terhadap Rohani...
"Ya Allah, kenapa aku buat isteriku begini," keluh hati kecil Zamri penuh penyesalan selepas membaca setiap lembaran diari itu. Dan apabila tiba ke muka surat terakhir, tiba tiba Zamri terpandang bunga ros merah yang telah kering... membuat Zamri tertarik untuk membacanya...
Untuk suamiku yang tersayang, Zamri.
"SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA YANG PERTAMA PADA HARI INI."
Dengan air mata yang mula bergenang Zamri memulakan bacaannya....
Assalamualaikum.
Abang...
Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Ani pada pertemuan pertama kita dulu. Sudah lama Ani simpan bunga tu Bang...
Bunga inilah lambang kasih sayang Ani pada Abang selama ini. Ia tidak pernah berubah pun walau telah kering..... Ani teramat menyayangi Abang. Ani sentiasa menyimpan setiap hadiah yang Abang berikan pada Ani. Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Ani pada Abang..
Terlebih dahulu Ani teringin sangat nak dengar Abang panggil Ani 'AYANG' seperti kita baru baru kahwin dulu...Abang panggil Ani 'AYANG'...terasa diri Ani dimanja bila Abang panggil macam tu... walaupun Ani cuma dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang sudah banyak berubah sekarang. Perkataan 'AYANG' telah hilang dan tidak kedengaran untuk Ani lagi. Kenapa? Benci sangatkah Abang pada Ani? Ani telah melakukan kesalahan yang menyinggung perasaan Abang ke?
Abang...
Tulisan ini khas Ani tujukan untuk Abang. Bacalah semoga Abang tahu betapa mendalamnya kasih sayang Ani pada Abang. Abang tentu ingatkan hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan sebagai hadiahnya Ani berikan abang.......Mohammad Fikri dan Farhana.
Buat diri Ani, Ani tak perlukan apa apa pun dari Abang cukuplah dengan kasih sayang Abang pada Ani. Ani akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Ani. Ani pergi untuk menemuiNya. Ani reda Bang....
Harapan Ani, Abang jagalah kedua kembar kita tu dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Mereka tidak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Ani dan mereka adalah darah daging Abang. Janganlah siksa mereka. Abang boleh siksa Ani tapi bukan mereka.
Sayangilah mereka...
Dan yang terakhir sekali, Ani ingin mengatakan bahawa dalam hidup ini, Ani belum pernah mengadakan apa apa hubungan dengan sesiapa pun melainkan Abang sahaja di hati Ani. Jiwa dan raga Ani hanya untuk Abang seorang.
Ribuan terima kasih Ani ucapkan kerana Abang sudi mengahwini Ani walaupun Ani cuma menumpang kasih didalam sebuah keluarga yang menjaga Ani dari kecil hinggalah Ani bertemu dengan Abang dan berkahwin.
Ani harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita tu dan Ani tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Ani yang malang ini dan hanya menumpang kasih dari sebuah keluarga yang bukan dari darah daging sendiri... tapi Ani tetap bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga angkat Ani. Ani harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Ani ibunya, akan sentiasa bersama disamping mereka berdua, walaupun Ani tidak berkesempatan membelai mereka dan cuma seketika sahaja dapat mengenyangkan mereka dengan air susu Ani.
Berjanjilah pada Ani, Bang! dan ingatlah Fikri dan Farhana adalah darah daging abang sendiri...
Ampunkan Ani dan halalkan segala makan minum Ani selama setahun kita hidup bersama.
Sekiranya Abang masih tidak sudi untuk menerima kehadiran Fikri dan Farhana dalam hidup Abang, berilah mereka pada emak Ani supaya emak dapat menjaga kembar kita itu. Tentang segala perbelanjaannya, janganlah Abang risau kerana Ani pun sudah masukkan nama emak dalam CPF Ani. Biarlah emak yang menjaga kembar kita itu, sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Ani nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita kan Bang! Mohammad Fikri mengikut raut muka Abang... sejuk kata orang dan Ani yakin mesti Farhana akan mengikut iras raut wajah Ani... Ibunya... sejuk perut Ani mengandungkan mereka.
Inilah satu satunya harta peninggalan yang tidak ternilai dari Ani untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati Ani walaupun Ani sudah tiada lagi disisi Abang dan kembar kita.
Salam sayang terakhir dari Ani untuk Abang dan semua.
Doakanlah Kesejahteraan Ani.
Ikhlas dari isterimu yang malang,
Rohani
Sehabis membaca diari tersebut, Zamri meraung menangis sekuat kuat hatinya. Dia menyesal....... menyesal.......
"Sabarlah Zamri, Allah maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Fikri dan Farhana," pujuk Zul, kawan baiknya. Zamri hanya tunduk membisu.
"Ya Allah...
Ani, maafkan Abang". Tubuh Zamri menjadi longlai dan diari ditangannya terlepas, tiba tiba sekeping gambar dihari pernikahan antara Zamri dan Rohani terjatuh dikakinya lalu segera Zamri mengambilnya.
Belakang gambar itu tertulis "SAAT PALING BAHAGIA DALAM HIDUPKU DAN KELUARGA. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN INI AKAN SENTIASA MENYELUBUNGIKU HINGGA KEAKHIR HAYATKU.?
Zamri terjelepuk dilantai dengan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Dia seolah olah menjadi seperti orang yang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuan buruknya terhadap Rohani seperti terakam dalam kepala otaknya... setiap perbuatannya... seperti wayang jelas terpampang...
"Kenapalah sampai begini jadinya... kejamnya aku... Ani, maafkan Abang!! maafkan Abang!! Abang menyesal...."
Sewaktu jenazah Rohani tiba dirumah suasananya amat memilukan sekali. Zamri sudah tidak berdaya lagi untuk melihat keluarga isterinya yang begitu sedih sekali diatas pemergian anak mereka. Walau bagaimanapun emak Ani kelihatan begitu tabah dan redha. Kedua-dua kembar Zamri sentiasa berada didalam pangkuan nenek mereka.
Untuk kali terakhirnya, Zamri melihat muka Rohani yang kelihatan begitu tenang, bersih dan Zamri terus mengucup dahi Rohani.
"Rohani, Abang minta ampun dan maaf," bisik Zamri perlahan pada telinga Rohani sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa nimpa dirinya. Apabila Zamri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zamri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Rohani. Airmata itu meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zamri.
Kembarnya menangis semula setelah diangkat oleh Zamri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Rohani dibawa ke pusara. Ramai saudara mara Rohani dan Zamri mengiringi jenazah, termasuklah kedua kembar mereka. Mungkin kedua kembar itu tidak tahu apa-apa tetapi biarlah mereka mengiringi pemergian Ani, ibu yang melahirkan mereka. Amat sedih sekali ketika itu. Zamri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Rohani, yang selama ini hidup merana atas perbuatannya.
Dan akhirnya jenazah Rohani pun selamat dikebumikan.
Satu persatu saudara mara meninggalkan kawasan pusara, tinggallah Zamri keseorangan di pusara Rohani yang masih merah tanahnya... meratapi pilu pemergian isterinya itu, berderai airmata Zamri dengan berjuta juta penyesalan ...
Sambil menadah tangannya, Zamri memohon pengampunan dari yang Maha Esa...
"Ya Allah... Kuatkan semangat hambamu ini. Hanya Kau sahaja yang mengetahui segala dosaku pada Rohani.... ampunkan aku Ya Allah...."
Dalam tangisan penyesalan itu, akhirnya Zamri terlelap disisi pusara Rohani. Sempat juga dia bermimpi, Rohani datang menghampirinya, mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk tubuhnya dengan lembut mulus.
Zamri melihat Rohani tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Rohani yang putih bersih itu. "Ani..., Ani..., Ani..., nak ke mana Aniiiiiii?". Zamri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembarnya menangis. Emak dan keluarga mertuanya itu datang mendekati Zamri. Mereka semua menyabarkannya.
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas Rohani......
Isnin, Februari 01, 2010
IBU MITHALI
PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Mithali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.
"Sekarang ....," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "
Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu.. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.
Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput? Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.
Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.
'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'
Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.
Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku.. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wart awan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.
Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.
"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."
Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.
"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang , disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"
"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Mithali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi."
Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.
"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.
"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Aba ng Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."
"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun."
Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.
"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."
"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."
"Mirah dah besar, kan ? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan ?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyema rakkan api radang saya
"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"
"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."
"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"
"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.
"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.
Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai menga du perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."
"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun..
"Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."
"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.
"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.
Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."
"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.
Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."
Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.
"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja.. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.
Penat saya membersihkannya. "
"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan.."
"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."
"Mirah!" Ibu merangkul saya. " Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."
"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.
Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."
"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."
"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"
"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah.. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."
"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah.
"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah k epada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak."
"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."
"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak.
Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."
"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."
"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya send iri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."
"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."
"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru." "Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum s embuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "
"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. "Mirah."
"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."
"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian.. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mir ah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"
Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.
"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."
Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya.
"Walau apa pun tanggapan Mi rah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. .."
"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.
Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka. Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.
Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima , saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.
"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"
"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?"
"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "
"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"
Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.
"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.
"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "
"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.
"Insya-Allah, mak. Mi rah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.
Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.
Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.
Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat.
"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia . Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. . "
"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilai nya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."
"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. . Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."
"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu.
Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?"
"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya. "
"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah.. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."
Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.
Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain.
"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah."
"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."
"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."
"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini.. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak."
"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. " Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.
Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.
'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'
Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.
Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.
"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Mithali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Mithali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan. "
Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.
Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.
Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan.. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Mithali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir itu.
Renung-renungkan dan Selamat beramal...

1 Febuari 2010
Assalamualaikum semua...sedar tak sedar kita sudah melangkah ke bulan kedua bagi tahun 2010. Rasanya baru je semalam menyambut tahun baru...erm...ketahuilah masa begitu cepat berlalu...oleh itu...hargailah masa :)
Anak dan kereta
Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar - meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.
Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Sibapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.
Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan
"Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.
Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan !" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma
mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.
Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.
Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak.. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.
"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.
"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.
Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan
habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat
kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian kewajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis..
Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata..
"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.
Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

JUBAH UNTUK IBU
“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau
degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak
menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab
sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau
ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam
Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang
hah?”, leter ibu lagi.
Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan
diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia
melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya.
Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak
memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh
tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu.
Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya
bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak
menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang
mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang
nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah
Along menjerit kesakitan.
“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan
pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak
merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?”
Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along
yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan
Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat
menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf
daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya
mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana
sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya
setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along.
Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap
mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along
memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya
menangis lagi kerananya.
Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat
dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi.
Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu
sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di
sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke
sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua,
Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan
untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya
seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak
bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih
bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak
sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan
ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa
pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along
merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap.
Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika
dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal
dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan
kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu.
Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat
keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan
sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along
sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu
tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi
anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin
resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap
juga.
Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya.
Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja.
Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu
kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang
ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian
mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong.
Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum
sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada
mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung
di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.
“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya
Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang
pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah
menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu.
Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang
telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti
dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu.
Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si
ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya
perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil
Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum
berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas
menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm
bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni
pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu
apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan
Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang
si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal
Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa
sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu
ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat
disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak
Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih
mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah
ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu,
Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata
tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di
rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana
marah dan kecewanya.
Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat
Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu
kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang
jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik.
‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along
melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu,
bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu
Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin
tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau
pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak
tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur.
“waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%.
Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni
Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik
aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku
kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along
agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik
dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya
menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu.
Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau
ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin
membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan
dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit
pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu
baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk
senyum.
Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah
tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang
rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka
seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana
sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan
diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama
sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil
ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu
ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu
tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam
pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik
rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir
senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.
Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di
sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along
ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan
pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM.
Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata
adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil
jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la.
Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk
Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini
kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap
mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat
mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak
tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.
Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak
keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti
ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan
tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah
selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai
solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi
pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar
menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program
sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari
ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu
tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus
ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari
itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel
membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa
bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli
jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu
sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga
berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak
tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan
kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.
Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap
Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang
luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan
Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah
k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah
hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan.
“Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?” Along tersedak mendengar soalan itu.
Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga
kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe
segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?”
Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar
membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi
ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba
menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?”
Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa
dengan soalannya tadi. “Ada” jawab Along pendek “Kau nak jadi apa besar
nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….”
Along menggeleng-gelengka n kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati
dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe
melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya
itu. “Ala, gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke
Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya
namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum
mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang
anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu
namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.
Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak
seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin
terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni,
saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari
ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang
sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya
anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along
memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak
sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat
rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi.
“Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal
Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya
tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe.
Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik
abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan
tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk
adiknya yang akan pergi jauh.
Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli
jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus
ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu
mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz
setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh
menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak
bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara
dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar
tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok,
kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak
apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau
ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan
ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih
tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek,
jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan
sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit?
Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe.
Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel
motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas
Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah
ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau
hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu
depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk
aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku
lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.
Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak
sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil
menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima
hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di
simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba
mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh
Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat
itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di
kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan
tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus
mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba
mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat
cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin
membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat,
pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam
keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya
sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang
wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila
dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia
juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya.
Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin
lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang
masih digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil
berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat
dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil
dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan
lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa
ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam
pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.
Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama
Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang
hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu
bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat
dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan
hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji
tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya.
Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu
dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi.
Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing
berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini
disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul.
Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang
dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak
bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam
dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja
cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam.
Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam
seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…”
cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di
ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk
Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya
dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali
peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak
mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia
disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke
hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana
dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.
Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya
menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa
sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap
derhaka.

Diary Seorang IBU
25 Mei 2009-
Today is my birthday...happy sangat sbb my husband awal2 pg dah
wish...kwn2 pejabat...along, imran my nierce...siap call kat opis tu
nyanyi2...ptg lepas opis hour...husband ajak pi pizza hut kat rawang...tp
aku rasa mcm jauh sangat..dia pun penat baru abis final exam...so kami
mkn kat tg malim je..
26 Mei 2009 -
bangun pagi je...time nak mandi...aku tgk ada darah...mcm 1st day
period...masyaAllah ...aku baru je masuk 32 miggu pregnant (8
months)...gelabah2 call along tp tak angkat...call my sister in law..(x
nurse)..dia advice suruh pi hospital...check up..takut uri dok bwh...so
aku bergegas ke klinik kesihatan... staff nurse scan...(dr.kursus masa tu
katanya)...tak de pape...baby ok...uri dok atas...semua ok...diaorg tak
leh detact...aku check pad....still ada darah...so aku ditolak ke
Hospital slim river...so bermula le kisah aku berkampung di
hospital...dan sejarah masa mengandungkan husna berulang lg...lg sekali
aku naik ambulans...terus ditahan di labour room..merasa le di
seluk..dikorek. ..papsmear. ..sakitnya hanya ALLAH yg mengetahui.. .
27 Mei 2009-
masih di tahan di wad...tp darah tak keluar lg...mak n bpk bergegas ke tg
malim dari air port...diaorg baru je balik bercuti dari Indonesia... ambik
husna, bwk baik tg karang
28 Mei 2009-
aku dibenarkan keluar....baby aku ok...bledding dah tak de...cuma kena
refer hospital untuk check up seterusnya oleh dr pakar...cuma dr bg
pilihan sama ada aku nak operation or normal delivery...aku nak cuba
normal...tp husbang aku prefer operation... tak sanggup tgk aku sakit
bersalin lama mcm masa bersalin Husna dulu
29 Mei 2009-
berehat di rumah....baru bgtau husband...still bledding...tp aku thik
positive...tak de pape kot...panas je bdn...ptg tu, balik tg karang jumpa
Husna...rindu sangat kat dia
30 Mei 2009
duduk rumah mak...lepak2. ..ptg tu bwk husna jln2...
31 Mei 2009-
still bledding...tp gagahkan diri berjln ke Tesco Kuala Selangor...untuk
final shopping barang baby...beli tilam kekabu untuk baby...untuk
dipadankan dgn katil baby yg aku beli dari B, still bledding...sakit2 dah
kat ari2....tp gagahkan diri untuk berjln...ptg pkl 5 bertolak balik ke
tg malim..masih sakit...
lepas drop adik aku rizal kat komuter rawang...sakit masih menyucuk
nyucuk...singgah klinik nabilah untuk scan....kepala baby dah masuk
lubang...tu yg buat aku sakit2...balik rumah, mkn2...siapka brg untuk
antar husna ke nursery....sakit kat ari2 merebak ke pinggang.... ooo...ini
dah lain mcm...aku bgtau husband, terus aku di bawa ke hospital...husna
aku tinggalkan kat rumah pengasuh dia...dan bermula le...kisah aku....
1 June 2009-
aku disuntik ubt matangkan paru2 baby...kerana, baby aku baru berusia 33
minggu 4 hari...di suntik juga ubt penahan sakit...tak bg bersalin
lg...rupanya, aku dah nak bersalin...dah buka 2 cm...dr cuba suntik ubt
kat aku, tak nak bg bersalin lg...sakitye ALLAH je yg tahu...tp demi
baby, aku tahan w'pun aku dah nangis2 masa disuntik tu...esok
pg...constraction tak kerap sangat...so aku ditolak ke wad
bersalin...menjelan g mlm..sakit tu dtg lg...makin kerap...n kerap...n
kerap....nurse check...dah buka 4 cm...makin kerap sakit...di check lg
dah buka 6 cm..terus di tolak semula ke labour room
2 June 2009-
sakit....makin sakit...n sakit....dah buka 10 cm...husband aku dtg
menemani aku...push.. ..push... .aku teringat pesan along..push masa rasa
sakit je...ALHAMDULILLAH, senang sangat bersalin yg ini...aku selamat
bersalin dan ALHAMDULILLAH. ..aku dpt baby boy...sangat comel...iras muka
imran hakim anak along aku...aku sempat susukan dia...berat dia 2.22 kg
(33 minggu)...tp dia kena di bawa ke wad Special Care Nursery (SCN) untuk
check up lebih lanjut...aku happy sangat dpt baby BOY...bukan bermaksud
aku tak suka dpt Husna, tp aku gembira...aku dpt sepasang anak....
waktu lawat tgh hari, aku sempat jenguk anak aku di wad SCN...dr
mengesahkan, anak aku kena rawatan rapi...mungkin ada masalah paru2 or
jantung...tp tak sure lg...aku cuba think positive...mungkin sbb anak aku
dilahirkan pramatang... tu sbb dr ckp mcm tu...
3 June 2009-
aku jenguk anak aku sorang2 kat wad SCN...masih berwayar...dr. pakar
kanak2 mengesahkan kat aku...yg anak aku berkemungkinan menghidap
penyakit jantung berikutan ada bunyi di dadanya...mungkin akan di refer
ke IJN untuk imbasan jantung...Ya allah...aku sangat risau n susah
hati...aku cuba untuk perah susu aku...untuk bg kat anak aku...tp belum
ada susu..aku cuba...tanpa putus asa...aku dah boleh discharge dari wad
bersalin...tp kena duduk di Wad SCN untuk menemani anak aku...atas
perbincangan bersama...suami aku memberi nama pd baby kami...Qaid
Ahmadinejad yg bermaksud-Pemimpim/ ketua yang berani menegakkan
kebatilan...
4 June 2009-
kami membawa Qaid ke IJN untuk imbasan jantung...Dr. pakar di
sana..mengesahkan yg anak kami menghidap penyakit jantung berlubang (tp
kecil) dan injap jantung tersumbat... .aku ttp tabah menghadapi dugaan
ALLAH ini..aku cuba untuk think positive..selagi ada jln, selagi tu kami
akan usaha...janji Qaid sihat...seperti kakaknye Qaisara Husna...Dr.
pakar mengesahkan 15 June ini anakku akan di tahan di IJN...untuk minor
operation
5 June 2009-
Qaid dah dibenarkan untuk terus menyusu bdn denganku...susuku pun semakin
banyak...ALHAMDULIL LAH....moga dgn susu ku ini..dpt menyihatkan tubuh bdn
Qaid...dan aku tak putus2 berdoa...
6 June 2009-
Qaid ditukarkan ke wad biasa...buka ICU lg...ini satu pembaharuan. ..tp
masih dipasang ubt IV Prostaglandin iaitu sejenis ubt jantung....n aku
boleh meneruskan tugasku sebagai seorang ibu...dpt menyusukan dia seperti
biasa...
7 June 2009-
Qaid berasa selamat setiap kali aku
mendukungnya. ..berzikir. ...beratib. ...makin sihat...
8 June 2009-
lagi 5 hari untuk dibawa ke IJN....5 more days my darling!!... sabar ye
sayang ibu...bertahan ye...
9 June 2009-
siang mlm aku habiskan masa di sisi Qaid...
10 June 2009-
aku rindu kat Husna...tp aku tak perlu risau...Husna dah cerdik...dah
boleh berdikari... Qaid perlukan ibu lg dekat disisinya... .kakak kena
mengalah ye sayang...
11 June 2009-
Qaid makin sihat....berak kencing normal mcm baby lain...aku menjadi
penghuni senior di wad SCN...org lain keluar masuk...aku masih ttp di
sini...tak pe...demi anakku...aku rela berpantang di hospital
12 June 2009-
mak suruh aku perah susu banyak2...tinggal untuk Qaid...pg2 suamiku dtg
ambik untuk balik..bertungku. ..mkn nasi panas...n etc...tp aku
tolak...tak sanggup tinggalkan anak aku pg2....biarlah aku tak berapa
sempurna berpantang.. ..janji aku ttp berada di sisi anakku...
13June 2009-
2 more days sayang....bertahan ye
14 June 2009-
aku sangat happy hari ni....aku esok aku akan ke IJN...balik rumah tgh
tu...packing brg
15 June 2009-
Hari yg dinanti-nantikan. ...pg lg aku dah mandi, bersiap...susukan Qaid
kenyang2..sbb aku akan bawa Qaid ke IJN...
on the way ke IJN, Dr.caroline dari Hospital SLim River telefon,
mengatakan yg nama anak aku tidak di refer ke wad IJN...bg aku ini satu
petanda...kenapa berliku liku perjalanan anakku ini...kenapa diaorg
careless menjalankan tugas....aku n suami dah uruskan pembayaran anakku
untuk di tahan di wad...17 June akan di operation... kenapa diaorg ni
teruk sangat...pasal apa susahkan anak aku...berapa lama lg anak aku akan
bertahan???? aku nangis tak tentu arah....for the 1st time semenjak anak
aku sakit...aku menangis sebegini teruk....
16 June 2009-
atas usaha Dr. Ahmad, Dr pakar kanak2 hospital slim...Qaid dpt juga di
bawa ke IJN..tp untuk check up...sama ada boleh di operation atau
tak...selepas di Check oleh Dr. Haifa(Dr pakar jantung IJN)...dia ckp
Qaid kena tunggu berat naik dulu baru diaorg confident untuk
operation... sbb Qaid masih kecil...urat2 dia masih halus...takut terkoyak
bila di operation... so aku kena bwk balik slim...untuk tunggu kg dia
naik...Dr. ahmad bantu aku n husband...dia order 1 serbuk soya n minyak
MCT oil...yg selalunye dia beri kepada baby2 untuk naikkan kg...kalau
tanpa bantuan2 semua tu...kemungkinan anak aku naik kg adalah dlm masa
sebulan....so lepas di beri beda2 tu...kg Qaid akan naik dlm masa 2
minggu...bermula le episod duka dlm hidup aku...Qaid tak dibenarkan
menyusu terus dgn aku...alasan : nanti dia penat..kg dia lambat
naik...aku kena perah susu...dan anak aku diberi minum melalui
tiub...sangat sedih sbb dia mencari2 susu aku...aku cuba juga untuk bg
curi2....tp tiub tu menyebabkan dia tak selesa...
17 June 2009-
masih meneruskan usaha memerah susu untuk Qaid...aku kena sediakan 42 cc
susu aku...every 3 hours...
18 June 2009-
susu untuk Qaid dinaikkan ke 44 cc...tanpa Qaid breast feed
dgnku...susuku tak berapa banyak keluar...sangat buat aku susah hati
19 June 2009-
berat Qaid naik ke 2.395 kg...ALHAMDULILLAH
20 June 2009-
susu untuk Qaid dinaikkan ke 48 cc...Ya ALLAH...permudahkan lah urusan
kami...perbanyakkan le susu ku..demi kesihatan anak ku Ya ALLAH!!!
21 June 2009-
susu untuk Qaid dinaikkan ke 50 cc...aku cuba minum air banyak....mkn
lobak putih...minum susu anmum...minum sangat banyak...takkisah kalau
urat aku kembang atau perut aku buncit...demi Qaid...aku rela...Demi
kesihata anakku
22 June 2009-
masih di Wad SCN...menemani annakku...makin tembam...makin chubby...pg ni
bila ditimbang berat....berat Qaid naik ke 2.44
kg....alhamdulillah ...Qaid.. .bertahan ye...4 kg lg sayang...
23 June 2009-
susu Qaid dinaikkan ke 55 cc bersamaan 2 auns...aku tak putus asa..terus
memerah susu setiap 3 jam sekali...demi annakku...Qaid Ahmadinejad
24 June 2009-
pg ni, Qaid masih aktif mcm biasa....nangis bila disalin pampers...tp dia
mmg baik..tak banyak ragam...tak kuat nangis mcm baby lain...senang
jaga..senang bersalin...
11.30 pg- aku baru perah susu Qaid...tgh tunggu nak bg susu...tiba2, SP02
(deyutan nadi) dia menjunam dari 90 lebih ke 5..aku jerit panggil staff
nurse....terus refer dr....dr buat CPR pada annak ku yg masih kecil
ini...terus dia nangis mcm biasa....
tgh hari tu, Qaid di masukkan ke ICU baby....katil mula2 dia
lahir...untuk pemerhatian rapi...
aku dimaklumkan oleh Dr., sekali lg perkara ni terjadi masa aku mkn
tgh...dan dr buat CPR lg pd anakku...dan mereka mengambil keputusan untuk
memakaikan Qaid oksigen untuk bantuan bila dia berhenti bernafas lg...aku
sangat risau..Ya ALLAH...selamatkan lah ANAKKU...jauhi le dia dari
bahaya...sembuhkan lah anakku ya ALLAH
ptg tu perkara ni jadi lg buat kali ke 3...3 kali mereka membuat CPR ke
atas anakku...
25 June 2009-
aku tak nak tinggalkan Qaid...tp staff nurse suruh aku rehat...suruh
tido..diaorg ada tunggu Qaid katanya...aku pun tido di bilik sebelah
anakku...menjelang pkl 3 pg, nurse kejut aku...bgtau suruh perah susu...n
di maklumkan perkara siang td jd lg sekali...dah aku tak tido terus
bermula pkl 3 pg itu...untuk menemani anakku....aku takut perkara tu
terjadi lg...aku dimaklumkan oleh dr., CPR dah diber sebanyak 4 kali
untuk anakku...dan itu tak bagus untuk seorang baby...jika dia survive
pun...katanya, kemungkinan dia akan cacat...sbb oksigen dia kurang...dia
tak lawan...dia bergantung pg oksigen tu..aku risau...sangat risau
pkl 8 pg-
perut Qaid membesar...dr mengesahkan ada kuman di perutnya...tak tau
punca dari mana...aku bingung...kenapa tidak terjadi pd baby2 org
lain..kenapa anakku....Qaid sakit jantung...kenapa tak jd kat baby2 yg
sihat2 yg lain...kenapa mesti anakku yg kena..Qaid di suruh
berpuasa...tak dibenarkan menyusu..masuk 2 hari aku tak dengar suaranya
semenjak di pakaikan tiub oksigen itu...ya ALLAH...ujian apakah yg KAU
uji terhadapku.. ..adahkah kerana dosa2ku yg lalu perkara ni di uji ke
atasku..kenapa mesti anakku yg menjadi mangsa??kenapa ya ALLAH....Qaid
menangis tak dengar suara...tp hanya air mata yg keluar yg sangat
menghibakan hati ku....
menjelang ptg..aku minta untuk balik kerumah sebentar...untuk rest, pkl
8, dr caroline call...suruh aku n husband ke hospital segera...
kami disahkan yg tekanan darah anak sangat rendah....sebarang kemungkinan
bakal berlaku...dan kami di benarkan duduk menemani anak kami...masuk 2
mlm aku tak tido ...aku sangat takut...takut dia pergi tanpa ibunya di
sisi....Qaid. ..bertahan nak...bertahan sayang...ibu ada teman Qaid...
26 June 2009-
pg Jumaat....aku tak tido semalaman, menemani Qaid...aku sangat takut
dengan sebarang kemungkinan yg bakal berlaku...aku tak mkn, tak
mandi...terus menemani Qaid...sampaikan kwn2 yg dtg menjenguk kami di wad
itu pun aku tak pedulikan..aku tak nak berganjak walaupun sekejap...aku
takut Qaid pergi meninggalkan aku bila aku tak de disisinya... aku nak
sentiasa menemani anakku...puas di pujuk oleh suamiku untuk berehat
sebentar, tp aku tak peduli...aku tak nak...
menjelang tgh hari, Dr. Caroline memberitahu kami...anak kami sangat
lemah...bergantung sepenuhnya pd mesin oksigen..dia tak fgiht lansung
katanya...dlm hatiku..mcm mana dia nak fight, kalau di cucuk ubat
bergelen gelen...babyku pramatang... masih dlm hari..mana dia mampu n
sanggup menanggung bergitu banyak antibiotik yg masuk ke bdnnya...even
org tua sekali pun tak sanggup terima...babyku masih kecil..antibody dia
sangat lemah!!!!Dr caroline berkata..."BERSIAP SEDIA DGN SEBARANG PERKARA
YG BAKAL BERLAKU....KAMI CUBA SELAGI TERMAMPU, EVEN QAID SURVIVE PUN,
KEMUNGKINAN DIA MENGALAMI KECACATAN... aku tak kisah, cacat ke...sumbing
ke walau mcm mana pun anakku alami, aku terima...aku bela dia...aku tak
sanggup dia tinggalkan aku...
tp aku tak nak tunjuk kesedihan aku depan suamiku, aku hanya mampu
berkata pd suamiku 'BANG, APA PUN YG BAKAL TERJADI..KITA REDHA"...w'pun
mulutku berkata bergitu...hati ku menafikannya. ...Qaid.. .bertahan
nak...ibu ada teman Qaid
bpk dan ibuku dtg melawat...membawa bekalan untukku, airmata ku tak mampu
bertahan.... aku nangis sepuas puasnya...aku meluahkan apa y terpendam di
hatiku pd kedua org tuaku...ibuku hanya menasihatiku,
berdoa...berdoa. ..pelbagai surah diberi utukku lafazkan di ubun2
anakku...di telinga anakku...bpkku berkata, sabar...ini dugaan
allah...alah nak uji awak...even anak awak cacat sekali pun, kalau awak
dan azrol tak mampu nak bela, kami sanggup bela....beri pd kami...bpk,
mak...mulia sungguh hatimu....
aku ttp menunggu...dan menunggu di sisi anakku...sayang, ibu ada di
tepimu..menemani Qaid...Qaid jgn bimbang...ibu ada...Qaid jgn takut...ibu
teman Qaid...tp hati seorang ibu, tak sanggup tgk anaknya di perlakukan
sedemikian rupa..diinject sana sini....tak cukup kaki tangan, betisnya
pula di cucuk...di ambil darah..Dr.ckp, puan, darah anak puan tak
cukup....aku rela mereka menambah darahku....ambil le sebanyak
mana...asalkan anakku selamat...
ptg, Dr. pakar kanak2 dtg menjenguk... dia memaklumkan pd kami...kuman itu
dah merebak ke ginjal anakku...anakku tak kencing..tak berak..perut makin
membesar...kulit makin menipis..merah2 dah ketara di bahagian perut...ya
allah....aku bermohon kepadamu...aku REDHA kau ambil nyawa anakku..jg lah
di biarkan anakku di seksa sedemikian rupa...jika ada kesalahan ku,
kesalahan suamiku...biarlah kami yg menanggung dosa yg kami
lakukan...tetapi jgn le anakku yg menjadi mangsa...aku bagaikan hilang
pedoman....hilang kewarasan... pabila melihat anakku sedemikian rupa...
Dr. pakar membuat keputusan untuk di adakan minor operation untuk menebuk
sedikit lubang di perut anakku...untuk melihat sama ada ususnya telah
pecah (yg mengakibatkan perutnya membesar) atau asid...atau dpt
mengurangkan kekembungan bayiku itu...
aku terus berada di sisi Qaid...membaca ayat2 suci, pelbagai doa...untuk
kekuatan anakku...aku menjadi kuat semangat, berfikiran positif..yg
anakku bakal sihat kembali..selagi ada cara...selagi tu aku terus
berfikiran positif..aku tahu anakku kuat...jika ibunya kuat...air susu yg
mengalir pd anaknya membuatkan anaknya menjadi kuat...aku terus berada di
sisi Qaid, dia memberi respond padaku...kakinya diangkat-angkat. ..aku
terus mengusap pipinya...aku lihat airmatanya mengalir...matanya
terbuka...rupanya dia menangis...aku usap lg pipinya..mulutnye bergerak
gerak...rupanya anakku lapar..dia nak susu...bila ku suarakan pd
nurse...Dr. tak bg, anakku kena puasa...sedihnya la hatiku..hibanya
rasa...Qaid. ...ibu tak berdaya sayang....adik sakit...kalau ibu bg
juga...nanti perut adik tak leh menerima...ibu tak mampu sayang...
menjelang mlm...pkl 10.30, sebelum Dr. Ahmad dtg, anakku putus nafas
sekali lagi...Dr. Sumi membuat CPR pada anakku...aku terus keluar dari
wad NICU itu kerana tak sanggup melihat...sedangkan org tua pun di buat
CPR kita rasa sakit..inipula baby kecil...dlm hari..masih dlm pantang..ya
ALLAH...berilah kekuatan pd ku...suamiku terus membaca yassin di sisi
anakku...jantungnya semakin lemah..tekanan darah mula tak stabil...CPR yg
di lakukan kali ini...begitu lama di bandingkan dari hari2 sebelum
ini...bila keadaan dah stabil, Dr. Ahmad terus membuat minor operation pd
anakku...kemudian. .setelah selesai, dr. ahmad menunjukkan pd
suamiku...bahawa. ..usus anakku elok, yg keluar hanya darah dan air
sahaja...aku bersyukur... bersyukur kerana tiada apa2 yg berlaku pd organ
anakku...
selepas Dr. Ahmad membuat minor operation pada anakku...anakku putus
nafas sekali lg...Dr. Ahmad dan Dr2. yg lain terus membuat CPR pada
anakku..aku tak masuk ke bilik itu...tp terus melihat dari
luar...kemudian, dr. sumi dtg kepadaku...MAK. ..TAK NAK MASUK KE
TGK??...aku ckp...nanti Dr., saya tak sanggup tgk anak saya dilakukan mcm
tu...tak sampai hati...
kemudian...aku lihat, suamiku menangis...menangis tak henti henti...aku
terus berlaki ke arah suamiku...kemudian aku duduk di sisinya...Dr. Ahmad
dtg kepadaku...dia ckp, KITA DAH BUAT CPR PD BABY SEBANYAK 6 KALI...TAK
ELOK UNTUK BABY, DIA SEMAKIN LEMAH...KITA CUBA SEDAYA UPAYA...TP DIA TAK
RESPOND...IBU BOLEH CUCI TANGAN...DUDUK DEKAT ANAK...BOLEH PEGANG
DIA...aku terus membasuh tanganku...dan aku ttp mengatakan pd
suamiku...BANG, KITA REDHA...REDHA DGN UJIAN ALLAH...kemudian, aku terus
pergi pada Qaid....mencium dia tanpa henti...melafazkan kalimah syahadah
padanya...membaca ayat2 lazim pdnya...membaca doa nabi yunus
pdnya...kemudian. .aku tgk Dr. terus menanggalkan mesin dan wayar2 yg
melekat di bdnnya...kenapa Dr???Dr. ahmad terus menggeleng.. ..Ya
ALLAH....Qaid. ..anak ibu, kenapa tinggalkan ibu..ibu tak sanggup
nakkkk....aku seperti hilang akal...hilang kewarasan aku....Qaid. ...ibu
sayang Qaid...kena tinggalkan ibu sorang2..ibu tak sanggup
nak...Qaid.. .kenapa kuman tu kena kat Qaid..kenapa tak pd budak2 lain yg
sihat2...anak ibu sakit jantung...kenapa anak ibu yg kena...Ya
ALLAH.....kenapa ambil anakku dari ku..kenapa tak ambil aku
sekali???Qaid. ......... .
aku terus pengsan....lemah. ...adakah ini hanya mimpi...adakah ini hanya
gurauan semata mata...Ya ALLAH....berat sungguh ujian mu ini....aku tak
mampu untuk berkata apa..hanya air mata yg mengalir tanpa henti...berat
sungguh ujianmu ini ya ALLAH...berilah aku kekuatan ya ALLAH...
suamiku mula menelefon ahli2 keluarga kami...memberitahu ttg berita pahit
ini...ramai yg cuba menghubungi ku...tp aku begitu lemah untuk
menjawab..terlalu pahit dugaan ini...ibu mana yg sanggup berpisah dengan
anaknya...tiada sapa yg mampu berada di tempatku ini..
menjelang pkl 1.30 pg..kakak iparku (kak ida) dan abg wan sampai...aku
terus terusan menangis...tak sanggup rasanya menerima hakikat
ini...adakah aku bermimpi...atau ini hanya mainan tidurku...ku cubit
cubit lenganku..ku ketuk ketuk kepalaku...betulkah semua
ini...ya...hakikatn ya mmg benar....ini adalah realiti..bukan mimpi...aku
harus menerima dugaan ini dengan tabah...tp aku menafikan... .aku
redha....tp aku tak sanggup meniti hari-hari berpantang aku tanpa Qaid di
sisi..mcm mana keadaanku nanti..ya allah...kuatkanlah semangatku.. .aku
begitu lemah sekali...
Jenazah Qaid dikafankan di hospital...sebelum kami berangkat ke rumah
mayat, aku dibenarkan untuk melihat jenazah anakku...Ya ALLAH...anakku
seperti tidur...senyuman dibibirnya.. ..begitu comel wajah anakku..begitu
tenang sekali dia pergi dijemput ilahi...Ya ALLAH...besarnya rahmatmu
ini...aku bersyukur... anakku pergi meninggalkan aku...aku sayang
padanya...tetapi ALLAH lg menyayangi nye...aku tak perlu khuatir...Qaid
akan dijaga oleh ALLAH..walaupun aku tak sanggup menerima dugaan
ini...aku REDHA Qaid pergi...aku cium..cium.. cium jenazah anakku tanpa
henti...
sebelum kami berangkat dari wad SCN...aku peluk rakan2 kenalanku di wad
itu...moga dugaan yg menimpaku ini..dijadikan sebagai kekuatan diri
mereka agar jgn mengeluh menjaga anak mereka yg sedang sakit di wad
itu...sempat aku berpesan...kuatkan lah semangat korang...aku tak pernah
berputus asa berusaha menyembuhkan anakku Qaid...sehingga nyawanya di
jemput ALLAH...aku kuatkan semangatku.. .dari mula aku menerima berita
Qaid sakit...sampai le ke hujung nyawanya...aku tak pernah mengabaikan
dirinya...meninggal kan dirinya kesorangan.. .jdkanlah kisah aku sebagai
kekuatan korang....
ku lihat..semua staff nurse menangis...dr. sumi pun begitu..aku ucapkan
terima kasih di atas layanan mereka sepanjang aku dan Qaid berada di
bawah jagaan mereka..
ku turut anakku sehingga ke rumah mayat...di mandikan
jenazah...dikafanka n..semua dilakukan oleh suamiku....aku begitu
lemah...adik2ku menangis tersedu sedu kesedihan pabila melihat jenazah
sekecil itu...begitu suci...tersenyum. ..putih bersih...ya ALLAH...berilah
kekuatan ke atas ku....rahmatilah pemergian anakku ini ya ALLAH
menjelang pkl 2 pagi...kami sampai di rumah...mak dan mak mertuaku, adik2
iparku telah menyiapkan segala kelengkapan. ..jenazah anakku diletakkan di
atas tilam kekabu yg ku beli khas untuknya...untuk dipadankan dengan
katil baby yg kubeli dari B, sayu hatiku....sayu sangat...melihat segala
pakaiannya.. kelengkapannya. ..yg tak pernah di usik..dipakai lg...mcm mana
agaknya diriku nanti...mengadap segala brg2 keperluan Qaid...mak
menangis...begitu juga mertuaku...aku begitu lemah...aku baring di
sebelah anakku Husna...ku peluk anakku...husna, hanya tinggal husna
sebagai kekuatan ibu meneruskan kehidupan ibu...husna jd anak yg baik
ye...adik husna dah takde...husna tak sempat tgk Qaid...hibanya rasa
hatiku ya allah...
along sampai, terus mengurut bdnku...urut kepala ku..urut
kakiku...kemudian, dia menyertai ahli keluarga yg lain..mengaji untuk
jenazah anakku...
suamiku membuat keputusan untuk menyemadikan jenazah anak kami di tanjung
karang...bpk menguruskan segala keperluan di tg karang dengan wak
leman...kemudian, mak, ajip, ijal along n family meneruskan perjalanan ke
tg karang...aku dan yg lain2 akan bertolak selepas subuh...menunggu ahli
keluarga suamiku dari kedah..
sesudah subuh, kami bersiap..hatiku pilu..hiba.. .pabila merasa susuku
bengkak..bengkak sangat...ya ALLAH...Qaid haus....Qaid nak susu...aku
memerah susuku tanpa bantuan pam, begitu banyak susu ini...tapi aku
ralat...Qaid tak sempat menyusu buat kali terakhir...hiba sungguh
hatiku...ibu mertua ku memelukku n menenangkan hatiku...aku pilu..pilu
bila melihat jenazah anakku di hadapan mataku...betul. .ini bukan
mimpi..tp kenyataan..aku harus hadapi...husna bangun dari tidur,
eh...adik dah balik....eh adik tidur???kakak. ....adik kakak dah tak
de...terlalu pahit air liurku untuk memberitahu husna bahawa adiknya
telah di jemput ilahi...paham kah dia ttg kehilangan adiknya??
kemudian...selepas subuh, selepas kehadiran jiran2 tetanggaku melihat
jenazah....kami bertolak ke tg karang...sedih hatiku bila melihat
satu-satunya kawanku dtg...B, anak aku dah takde...anak aku dah dijemput
ilahi...tinggal aku sorang b....B peluk aku, menenangkan
hatiku....sabar. ..sabar jie...ni semua dugaan allah...ko beruntung sbb
ada anak kau yg menunggu ko di syurga nanti...sedihnya hatiku menerima
hakikat ini....kemudian, dtg jiranku yg paling rapat denganku..kak mas,
aku peluk kak mas...kak mas, saya dah lama nak anak lelaki...tp sekejap
je allah pinjamkan pd saya...sabar jie...sabar. ..ini semua dugaan...air
mataku dah kering....dah kering untuk menangis lg...hati aku
pilu...hiba. .sedih... tp air mataku tak mampu lg untuk keluar...
kami meneruskan perjalanan kami ke tg karang..sepanjang jln, tak
putus-putus sahabat2 n kenalan2 sms...mengucapkan takziah...antara
banyak2 sms yg aku terima...aku begitu tenang pabila membaca sms dari
ustaz nasir, rakan kerjaku di FSSK...JIE, QAID TU
KETUA...PEMIMPIN. ..INSYAALLAH, DIA AKAN MENGETUAI UJI DAN SUAMI DI SYURGA
NANTI...amin. ...amin.. .ya rabbal alamin..
Sampai di tg karang...aku disambut oleh along...aku diminta berehat di
dlm bilik...mak bg aku mkn...pahit sungguh air liurku ini...aku tak mampu
menelan apa2 sahaja....aku tak mampu....kemudian, rumah ayahku ini
dipenuhi oleh ahli keluarga..kenalan. .sahabat2 handai...kemudian, aku
diminta untuk mencium jenazah Qaid buat kali terakhir.... aku berjalan ke
aras jenazah...jenazah anakku seperti tidur....aku terlupa bahawa anakku
sudah meninggalkan aku...aku cium anakku...cium tanpa henti...kemudian,
secara tiba2...aku berzikir pd jenazah
Qaid...SUBHANALLAH. ..WALHAMDULILLAH ..WALAILA HAILLALLAH WALLAH HU
AKBAR...zikir yg selalu aku ratibkan pd qaid bila dia
menangis...mengigau ....ya allah...anakku hidup lg..dia cuma tido..tido
seperti hari2 biasa....tido selepas mandi..selepas di beri susu...ya
ALLAH...jgn ambil anakku....Qaid, ibu sayang Qaid..jgn tinggal kan ibu
nak..mcm mana keadaan ibu nanti tanpa Qaid....Qaidddddddd dddddddddd. .....
jenazah anakku di kebumikan di sebelah kubur arwah opah....betul2 di tepi
kubur arwah opah...aku bersyukur... .sekurang kurangnya Qaid tak
sendiri...nyang ada menemani Qaid..
Ya ALLAH, Aku REDHA di atas ujianmu ini...Aku REDHA ya ALLAH...kau
limpahilah rahmatmu ke atas roh anakku ya ALLAH...lindungilah Qaid ya
ALLAH....jagalah Qaid di sana ya ALLAH...lindungilah dirinya ya
ALLAH...berilah kekuatan ke atasku ya ALLAH...aku masih ada husna dan
suamiku, tetapi Qaid sorang2 di sana ya ALLAH...temanilah anakku ya
ALLAH....jgn dibiarkan dirinya kesorang ya ALLAH...selama ini aku tak
pernah biarkan dirinya kesorangan.. ..aku REDHA ya ALLAH...aku
REDHA....kerana kau lebih menyayangi anakku dariku...
Qaid, ibu sayang Qaid...sayang sangat kat Qaid..w'pun Qaid hanya
dipinjamkan sekejap kepada ibu...tp ibu bertuah sangat..dpt susukan Qaid,
jaga Qaid siang dan malam...cium Qaid tanpa henti...bacakan surah,
ayat-ayat lazim, doa dan zikir tanpa henti pada Qaid...Qaidlah anugerah
yg amat berharga pada ibu..w'pun hadirmu hanya sekejap nak...tp Qaidlah
anugerah yg tak ternilai dari ALLAH untuk ibu...tunggu ibu di syurga ya
nak..doakan ibu kuat, kuat mengharungi hari2 pantang ibu tanpa
Qaid...kesian kat kak husna nak...terbiar tanpa kasih ibu..bukan ibu tak
sayang pd kakak...tp ibu lemah...lemah dengan kehilangan Qaid...doakan
ibu ye nak...doakan ibu..semoga ibu kuat...ibu takkan lupakan Qaid...ibu
akan sentiasa mendoakan Qaid...begitu juga abah...kehilangan Qaid
merupakan satu tamparan pada ibu dan abah...ibu ingat ibu lg kuat dari
abah...tp rupanya ibu sangat lemah menerima berita ini....
Qaid...hadirmu adalah anugerah ALLAH yg tak ternilai pd ibu nak....ibu
sayang Qaid...ibu halalkan susu ibu...ibu minta maaf kalau selama ini
jagaan ibu pada Qaid tidak sempurna nak...ibu sayang Qaid...
QAID AHMADINEJAD 2 JUN - 26 JUN 2009-IN LOVING MEMORY
ibu, abah dan kakak husna sayang Qaid

Selasa, Januari 12, 2010
Bipolar Disorder
Menyebabkan perubahan luar biasa pada emosi, tenaga dan keupayaan seseorang
PERNAHKAH anda tiba-tiba terlalu gembira dan tidak dapat mengawal keghairahan berbelanja sehingga melebihi kemampuan? Kegembiraan keterlaluan atau ‘mania’ yang tergolong dalam gangguan mental bipolar boleh mengundang pelbagai masalah kepada pesakit sehingga mengakibatkan sesetengahnya bertindak agresif tanpa disedari.
Gangguan dwikutub atau bipolar adalah sejenis gangguan otak yang menyebabkan perubahan luar biasa pada emosi, tenaga dan keupayaan seseorang. Ia berbeza dengan rasa ‘tiada mood’ yang dialami kebanyakan orang kerana gangguan ini dianggap masalah serius dan boleh menjejaskan hubungan, prestasi kerja dan pelajaran.
Mania dan kemurungan menyebabkan seseorang pesakit hilang rasional berfikir. Ia biasanya berlaku pada penghujung umur remaja dan awal dewasa. Bagaimanapun, masalah mania ini juga boleh membabitkan orang lebih tua dan kanak-kanak.
Punca sebenar gangguan bipolar masih tidak diketahui dengan tepat, tetapi saintis percaya gangguan bipolar disebabkan pelbagai faktor yang bertindak bersama mencetuskan masalah pada otak. Antara faktornya ialah keturunan. Individu yang ada sejarah keluarga mengalami gangguan bipolar mempunyai risiko tinggi mendapat masalah ini.
Gangguan bipolar menyebabkan perubahan emosi berepisod, iaitu daripada terlalu gembira kepada sedih dan hilang semangat; kemudian gembira semula di antara emosi ‘normal’. Perubahan emosi ini selalunya diikuti perubahan tenaga dan kelakuan. Keadaan berubah-ubah antara terlalu gembira dan sedih dipanggil episod mania dan kemurungan.
Bagaimanapun, masalah ini sukar dikesan kerana pesakit biasanya tampak gembira dan progresif. Dua sifat positif ini secara tidak langsung melindungi masalah sebenar yang dihadapi pesakit, sedangkan mereka juga mengalami pelbagai gejala kemurungan yang berulang.
Pakar Psikiatri Forensik, Dr Badi’ah Yahya, berkata masalah ini yang semakin menular di kalangan masyarakat, terutama golongan dewasa, tidak boleh dipandang ringan bagi mengelak ia menjadi bertambah serius.
Katanya, walaupun gangguan ini sukar dikesan, pesakit perlu diberi rawatan dengan mendapatkan khidmat kaunseling pakar psikologi atau perubatan sesuai kerana jika dibiarkan, lama kelamaan ia menjejaskan kesihatan mental.
Malangnya, beliau berkata, kebanyakan pihak menganggap gangguan mania sebagai sesuatu yang positif kerana membuatkan mereka aktif dan gembira melayan perasaan sendiri. Yang membimbangkan, keadaan itu boleh membuatkan seseorang tidak dapat mengawal pemikiran, sekali gus mempengaruhi tingkah laku masing-masing sehingga menyebabkan kejadian tidak diingini berlaku.
“Gangguan mania yang menjejaskan otak boleh mempengaruhi perasaan seseorang dan pada masa sama individu terbabit akan mempamerkan tindakan drastik. Ia berikutan keupayaan seseorang individu yang mengalami mania meningkat mendadak sehingga mengakibatkan mereka terlalu gembira dan ada di dunia sendiri.
“Selain terlalu gembira, individu yang mengalami gangguan bipolar boleh ‘diserang’ kemurungan. Mereka sering kelihatan sedih, mudah putus asa dan lebih suka menyendiri. Malah, mereka juga hilang minat untuk melakukan kegiatan digemari,” katanya.
Secara umumnya gejala gangguan bipolar dibahagikan kepada dua iaitu mania dan kemurungan.
Ada kalanya episod mania dan kemurungan yang serius turut mempunyai simptom psikosis seperti halusinasi (mendengar suara ghaib) atau delusi (mempercayai perkara yang tidak wujud). Keadaan ini timbul apabila pesakit dalam keadaan ekstrem. Oleh kerana pesakit turut menunjukkan gejala psikosis, mereka sering disalah anggap mengalami skizofrenia.
Seseorang pesakit boleh mengalami beberapa gejala pada satu masa. Mereka mungkin menghadapi masalah sukar tidur, selera makan berubah, resah, psikosis dan ada fikiran mahu membunuh diri. Mereka mungkin sangat sedih dan tidak berguna, tetapi pada masa sama pesakit berasakan sangat bertenaga.
Walaupun gangguan bipolar kerap berlaku pada peringkat awal dewasa, ia boleh melanda kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami gangguan bipolar menunjukkan perubahan emosi ketara antara riang dan murung dalam masa sehari. Mereka lebih mudah terganggu dan cenderung menunjukkan sikap pemarah daripada sikap riang.
Dr Badi’ah berkata, pesakit juga lebih cenderung untuk hilang minat terhadap apa jua aktiviti dilakukan. Sebaliknya mereka lebih gemar menyendiri dan kurang selesa dengan kehidupan dijalani.
Tumpuan pesakit juga merosot dan sukar membuat keputusan. Gejala seperti ini akhirnya menjejaskan kualiti hidup pesakit, manakala prestasi kerja atau pelajaran turut merosot.
Diagnosis gangguan bipolar dibuat berdasarkan gejala yang ditunjukkan, punca, bila berlaku dan sejarah keluarga. Dalam hal ini, keluarga perlu bersikap lebih prihatin dan jika ada anggota keluarga mula menunjukkan gejala itu, segera dapatkan rawatan.
Ini kerana jika kemurungan dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh menjadi serius sehingga menimbulkan keinginan membunuh diri. Jika ada ahli keluarga berkata dia mahu membunuh diri, jangan dipandang ringan kata-katanya kerana ia petanda penting kepada masalah dalaman yang melanda dalam diri pesakit.
Gejala mania dan kemurungan boleh berulang bila-bila masa. Di antara waktu serangan ini, kebanyakan pesakit bebas daripada gejala. Pesakit gangguan bipolar boleh menjalani kehidupan sihat dan produktif seperti orang lain dengan syarat mendapat rawatan sewajarnya. Tanpa rawatan, gangguan mental akan bertambah buruk dan episod mania-kemurungan lebih kerap berulang.
“Bagaimanapun, gangguan itu boleh dirawat dengan pelbagai cara jika pesakit, keluarga mahupun masyarakat di sekitar mereka bekerjasama. Yang penting, mereka perlu mendapatkan rawatan perubatan selepas menjalani pemeriksaan doktor, kaunseling psikologi dan memberi peluang kepada diri untuk memperbaiki keadaan,” katanya.
Rawatan berterusan akan memberi kesan lebih baik kepada pesakit berbanding rawatan sekali sekala. Pun begitu, walaupun menjalani rawatan berterusan, pesakit masih boleh mengalami perubahan emosi dan jika ini berlaku, ahli keluarga perlu segera melaporkannya kepada doktor.
Pada masa sama, ahli keluarga perlu banyak bersabar dan memainkan fungsi penting untuk membantu pesakit. Mereka memerlukan sokongan berterusan dan penjaga yang sentiasa bersedia membawa pesakit mendapatkan rawatan. Antara cara yang boleh dilakukan ialah menyertai kumpulan sokongan bagi masalah berkenaan.
Gejala mania
> Tenaga meningkat dan boleh melakukan banyak aktiviti.
> Terlalu gembira atau sedih.
> Sangat mudah resah.
> Berfikir dan bercakap cepat, idea berubah-ubah.
> Sangat sukar menumpukan perhatian.
> Sukar tidur dan berasakan tidur sekejap mencukupi.
> Percaya kepada perkara tidak realistik seperti kebolehan seseorang.
> Lemah pertimbangan.
> Suka berbelanja besar.
> Perubahan kelakuan yang berpanjangan.
> Nafsu seks meningkat.
> Menyalahgunakan dadah, alkohol dan ubat tidur.
> Sentiasa menafikan dirinya bermasalah.
Gejala kemurungan
> Kesedihan, keresahan dan rasa kosong yang berpanjangan.
> Rasa tidak berguna dan pesimis.
> Rasa bersalah dan tidak berdaya.
> Hilang minat pada aktiviti digemari, termasuk seks.
> Rasa tidak bertenaga dan cepat penat.
> Sukar menumpukan perhatian.
> Sukar mengingat dan membuat keputusan.
> Mudah resah dan terganggu.
> Tidur terlalu banyak atau tidak boleh tidur.
> Selera berubah (berat badan bertambah atau menurun tanpa disedari).
> Sentiasa sakit (bukan disebabkan kecederaan fizikal).
> Ada keinginan hendak membunuh diri

Langgan:
Catatan (Atom)