Rabu, November 04, 2009

Pegawai AADK, 4 polis bantuan ditahan

KUALA TERENGGANU: Polis menahan enam orang termasuk seorang pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuala Terengganu bersama empat polis bantuan dan seorang wanita berusia 23 tahun dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Jaya Pusasa awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Narkotik Negeri, Supt Roslan Abd Wahid, berkata polis turut merampas 2.5 gram syabu bernilai RM1,000 dalam serbuan jam 2.30 pagi itu.

Baru je minggu lepas ada Pegawai AADK datang buat ceramah kat tempat aku. ada org tanya soalan mengenai pembabitan geng² AADK di dalam dadah. dia cakap setakat ni xde...sekali kuar lak berita nie hari nieh...ish ish ish ...so kepada siapa lagi kita harus percaya?

Apa itu pancaran bu??

Kisah ini kononnya berlaku terjadi di Jakarta. . . . Pada suatu hari, siBambang,

yang usianya baru lima tahun, menghampiri ibunya lantas bertanya,"Ibu,

pacaran itu maksudnya apa bu?" Si ibu agak bingung dan sedikit gelabah untuk

menerangkan maksud "pacaran" itu kepada kanak- kanak yang usianya baru

melewati lima tahun. Namun, si Bambang terus mendesak untuk mengetahui

maksud "pacaran" itu.

Lalu, tanpa memikirkan apa-apa, si ibu berkata, "Kalau kau benar-benar mau tau

maksud berpacaran itu, petang nanti tunggu di beranda rumah
kita ini.

Hari Sabtu begini, Susi, anak jiran kita itu biasanya akan berpacaran dengan

Antonius.. Antonius akan datang ke rumahnya dan keluar berjalan-jalan. Jadi, kau

akan tahu maksud pacaran itu."

Menjelang petang, Si Bambang pun menunggu di beranda rumahnya dan
apabila hari sudah gelap, baru kelihatan si Antonius muncul. Kelihatan Susi
sudah siap sedia menanti kedatangan pak wenya itu.... Si Bambang terus
melihat perlakuan dua kekasih ini tanpa disedari oleh mereka berdua.

"Bapak dan ibu ada di rumah?" tanya si Antonius kepada si Susi. "Enggak ada,

mereka pergi kenduri kahwin di rumah saudara sejak siang tadi.
Mereka bilang, akan bermalam di sana," jawab si Susi. "Bagus sekali. Kita bebas

malam ini. Tak perlu keluar, dirumah saja sudah bisa," kata si Antonius sambil

menjeling Susi yang tersenyum penuh makna.

Disebabkan tiada orang tua di rumah itu, Antonius dan Susi berasa begitu
bebas di rumah itu. Menjelang tengah malam barulah Antonius pulang
tanpa disedari mereka bahawa segala perlakuan mereka diperhatikan
oleh siBambang dengan teliti.

Keesokan harinya, si Bambang menghampiri ibunya lalu berkata bahawa
dia sudah tahu akan maksud pacaran yang sebenarnya. "Kalau sudah tau cuba

ceritakan pada ibu apa pacaran itu," kata siibu.

"Malam tadi, Kak Susi duduk berdua sama Abang Antonius dibangku. Tak lama

selepas berbual, mereka saling menempelkan bibir dan Abang
Antonius kemudiannya memandang muka Kak Susi yang merah. Beberapa
detik kemudian, Bang Antonius memeriksa jantung Kak Susi. Tapi barangkali

kerana tidak tau di mana jantungnya, Abang Antonius cuba

menggosok-gosokkan tangannya di dada Kak Susi ke kiri dan ke kanan.

Berikutnya, saya lihat Abang Antonius gelisah kerana barangkali berasa ada
sesuatu di seluarnya. Memang benar bu, setelah zipnya dibuka ternyata ada

seekor BELUT keluar dari seluar Bang Antonius. Kerana berasa kasihan
melihat Bang Antonius, Kak Susi pantas menangkap belut tersebut dan
cuba membunuhnya dengan meramas-ramas belut itu.

Namun, belut itu tegar sekali, enggak mau mati bu walaupun diramas-ramas

kuat oleh Kak Susi. Lantaran terlalu marah, Kak Susi lalu memakan
belut dengan memamah-mamahnya namun saya lihat Bang Antonius masih

merintih kesakitan kerana belut itu masih hidup.

Ternyata walaupun belut itu sudah dimakan Kak Susi, nyawanya masih
liat. Belut itu terus hidup bu malah makin kuat. Ia berdiri bu. Saya lihat Kak
Susi kurang puas hati dan kerana kasihan dengan abang Antonius barangkali,

Kak Susi lantas menanggalkan seluruh kainnya lalu menduduki
belut tersebut supaya mati. Tapi belut itu benar-benar gagah bu. Ia masih
tidak mati walau Kak Susi terus menghenyak-henyak belut tersebut berkali-kali.

Abang Antonius terus merintih kesakitan kerana belut tersebut belum mati
juga. Akhirnya, bu tak lama kemudian belut tersebut muntah lalu mati
diduduki Kak Susi. Baru saya lihat Abang Antonius tidak merintih malah
dapat tersenyum sambil menyatakan rasa terima kasihnya kepada Kak Susi."

Selesai si Bambang bercerita, si ibu jatuh pengsan.

Burung Hilang...

Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung..
Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya...

Lelaki tua : "Siapa disini yang ada burung?

"Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri. Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah

"bukan itu maksud saya" Lalu di ajukan soalan yang lain..

"maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?

"Maka seluruh penduduk wanita berdiri. Kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah padam dia menyambung

"maaf, bukan itu maksud saya" Sekali lagi dia cuba bertanya

"maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya?" Separuh penduduk wanita berdiri. Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi...

"maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah,siapa yang pernah lihat burung saya?"

Lalu... Isteri lelaki itu pun pun berdiri....dan seorang wanita yang lain,maka kali ini merah padam pula muka si isteri, lelaki tu pun cabut lari.......menyesal tanya............

Penutup Minyak Wangi...

Kejadian ini terjadi pada suatu terminal bas ketika menjelang perayaan. Ketika itu terminal penuh sesak, sehingga untuk berjalan pun susah. Seorang perempuan, dengan susah payah akhirnya dapat duduk di satu seat yang masih lagi kosong.
Kerana lama sangat menunggu tetiba perempuan tadi terasa ingin membuang air kecil .... kacau² fikir perempuan ini.
Kalau turun, hendak ke tandas, tempat duduk ini tentu akan menjadi milik orang lain.
lantaran itu, perempuan itu membuang air kecil disitu ( seat sebelah nyer )

Tak lama kemudian datang seorang lelaki yang hendak duduk di sebelah perempuan tersebut. Melihat tempat duduknya basah, maka lelaki itu pun bertanya :

Lelaki : Maaf yer . . , mengapa tempat duduk ini basah ?

Perempuan : Oh . . maaf, ini . . anu . . , minyak wangi saya tadi tumpah . . , tak ada tutupnya . . . .

Kemudian lelaki tadi mengeluarkan sapu tangannya dan mulai membersihkan tempat duduk itu. Akan tetapi dia mula curiga dengan baunya yang lain, maka diciumnya sapu tangan itu . . . .

Akhirnya sambil tersenyum lelaki itu berkata : Wah . . . . . , kalau minyak wangi yang seperti ini . . , penutupnya ada pada saya.......

Gangster

Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan
dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan.
Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada
pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.
Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000.

Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia.
Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya
memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi
dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang tu?

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu...

Sibisu menunjukkan isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka katakan."

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan
pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu...

Sibisu menunjukkan isyarat "Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan
di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk."

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster,
"Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak. Tembaklah... "

Presiden MCA pecat 4 ahli CC

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat semalam memecat empat ahli Jawatankuasa Pusat (CC) parti yang dilantiknya tahun lalu, berkuat kuasa serta- merta.

Mereka ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung; Setiausaha Penganjur Kebangsaan MCA, Yoo Wei Hou; Datuk Chai Kim Sen dan Gan Hong Su.

Mereka digantikan dengan tiga anggota CC yang baru iaitu Datuk Donald Lim, Chua Tee Yong dan Datuk Tan Chin Meng.

Mereka menerima surat pemecatan pada jam 10.30 pagi sebelum dapat menghadiri mesyuarat CC di ibu pejabat parti di sini, semalam.

Chor dalam sidang akhbar bersama tiga bekas ahli CC itu berkata, tiada alasan diberikan Ong dalam surat pemecatan yang diterima mereka beberapa jam sebelum mesyuarat jawatankuasa bermula.

Beliau yang terperanjat dengan keputusan itu berkata, pemecatan mungkin dibuat kerana mereka tidak bersetuju dengan pelan perpaduan Ong sebaliknya mahu supaya pemilihan baru dilakukan untuk mengatasi kemelut dalaman MCA.

Walaupun setuju Ong mempunyai kuasa untuk memecat mereka, katanya, keputusan itu boleh disifatkan sebagai tindakan terdesak Presiden untuk terus menerajui MCA.

Katanya, tindakan Ong itu akan menjadikan MCA bahan cemuhan.

"Mungkin dengan membuat keputusan ini (pemecatan), beliau (Ong) mahu menjaga kedudukannya. Beliau (Ong) menyatakan mengenai pelan perpaduan tetapi beliau sendiri tidak mahu perpaduan dalam parti," katanya.

Ong dalam sidang media selepas mesyuarat CC bagaimanapun menafikan beliau memecat empat ahli CC itu sebaliknya hanya pertukaran biasa untuk mengukuhkan CC.

"Saya dan CC bersetuju bahawa pelantikan ketika itu (tahun lalu) akan dikaji setahun kemudian dan kebetulan bila kajian diperlukan didapati bahawa beberapa kerusi ahli CC perlu dikaji semula penyandangnya," katanya.

Pada sidang media itu juga Ong mengumumkan menarik balik mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang dicadangkannya pada 15 Oktober lalu selepas lebih 27 anggota CC menyokong pelan perpaduan antaranya dan Dr Chua.

Beliau berkata, cadangan EGM yang dibawa 16 ahli CC baru-baru ini bagi membolehkan pemilihan baru diadakan juga didapati bertentangan dengan perlembagaan parti.

"Justeru perkara ini perlu diteliti setiausaha agung, ketua biro perundangan dan pihak pencadang EGM," katanya.

Bagaimanapun, seorang ahli CC yang mencadangkan EGM itu, Wong Nai Chee pada sidang media bersama Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya akan berbincang dengan ketua biro perundangan mengenai perkara itu.

Beliau sekali lagi menegaskan kemelut dalam MCA itu hanya boleh diselesaikan dengan pemilihan baru pucuk pimpinan oleh perwakilan pusat.

Budak warisi bakat bapa tangkap keli guna tangan

PENDANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dari Kampung Bukit Raya Dalam, di sini, mempunyai kebolehan luar biasa boleh berada di dalam kolam yang dipenuhi ribuan ikan keli tanpa berasa takut disengat ikan berbisa itu.

Menariknya, Mohamad Maulidul Sharif Esomuddin yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Raya, di sini, tidak berasa sakit jika disengat ikan berbisa itu selain mampu menangkap ikan keli dengan hanya menggunakan tangan.

Mohamad Maulidul berkata, minat terhadap ikan keli diwarisi daripada bapanya yang menternak ikan itu sejak 15 tahun lalu dan selalu menemani bapa ke kolam ternakan ketika berusia empat tahun.

Beliau berkata, pada mulanya dia tidak berani menangkap ikan keli menggunakan tangan kerana sengatan ikan itu berbisa dan pedih selain memakan masa untuk pulih.

Namun, selepas mendapat tunjuk ajar bapanya Mohamad kini mampu menangkap ikan keli dengan hanya menggunakan tangan dan tahan disengat.

"Saya suka bermain ikan keli walaupun mempunyai sengat berbisa. Kalau datang ke kolam ini, saya rasa tidak puas jika tidak memegangnya.

"Dulu saya berasa sakit jika disengat. Namun, kini saya langsung tidak berasa sakit dan takut untuk menangkap ikan ini menggunakan tangan," katanya ketika ditemui Berita Harian di sini, semalam.

Sementara itu, bapanya, Esomudin Idris yang juga seorang tenaga pengajar kursus penternakan ikan keli, berkata dia mengesan keberanian anaknya itu selepas melihat Mohamad Maulidul Sharif turun ke kolam seorang diri dan menangkap ikan keli.

Beliau berkata, ketika mengajar peserta kursus, anaknya turut sama mendengar taklimat dan turut melakukan aktiviti yang diajar kepada setiap peserta.

"Saya sendiri kagum dengan kebolehan luar biasa yang dimiliki anak saya. Ikan keli ini tidak akan bergerak apabila dia menangkapnya.

"Ramai peserta dewasa yang hadir berkursus di sini tidak mampu untuk menandinginya.

"Ketika berusia lima tahun, saya melatihnya berenang dan dalam tempoh yang singkat dia sudah boleh berenang.

"Dia cepat belajar dan tidak takut pada cabaran," katanya yang turut melatih anaknya mempelajari tomoi sejak berusia lima tahun.

Esomuddin berkata, Mohamad Maulidul Sharif adalah pelajar yang aktif di sekolah dan juga mampu menjadi imam untuk rakan pelajarnya.

"Untuk memelihara ikan keli perlu ada kasih sayang dan anaknya mempunyai sifat berkenaan.

"Apa yang saya lakukan ini sebagai bekalan untuk dirinya pada masa depan," katanya.

Waran tangkap ketiga ke atas Radhi OAG

PETALING JAYA: Mahkamah Rendah Syariah di sini, sudah mengeluar tiga waran tangkap terhadap vokalis kumpulan OAG Radhi Razali kerana gagal hadir mahkamah berhubung kes pengesahan perceraian dengan isterinya, Shazlin Sharif.

Hakim Syarie Ghazali Ahmad semalam mengeluarkan waran tangkap ketiga ke atas Radhi, 32, kerana tidak hadir ke mahkamah tanpa sebarang alasan munasabah bagi mendengar perbicaraan kes yang difailkan Shazlin, 31, mengenai permohonan pengesahan perceraian kali kedua, pada 25 Februari lalu.

Radhi yang tidak pernah diwakili peguam, sebelum ini pernah menerima dua waran tangkap kerana gagal hadir ke mahkamah sama untuk kes pengesahan perceraian pertama yang dilafaz pada 15 September 2008.

Peguam plaintif, Rubiah Jaafar memberitahu mahkamah pihaknya sudah memaklumkan kepada defendan berhubung perbicaraan itu tetapi tiada sebarang jawapan daripada Radhi.

Dalam perbicaraan semalam, Shazlin memberitahu mahkamah beliau yakin suara yang melafazkan talak tiga terhadapnya menerusi telefon pada Februari lalu adalah suara Radhi.

Katanya, beliau mendengar dengan jelas kata-kata Radhi ketika melafazkan talak berbunyi, `aku ceraikan kau dengan talak tiga terus' pada 25 Februari lalu selepas bertengkar menerusi telefon.

Shazlin berkata, defendan ketika melafazkan cerai talak tiga berada dalam keadaan waras yang mana tidak seperti dipaksa atau diugut pihak ketiga.

Beliau berkata, selepas kejadian itu mereka ada berbalas mesej dan defendan menyatakan bahawa defendan memang berniat untuk menceraikannya buat kali kedua dengan talak tiga.

"Radhi ada beritahu saya dalam mesej bahawa dia tidak bermaksud untuk menceraikan saya ketika melafazkan talak kali pertama pada 15 September 2008 tetapi bagi lafaz kali kedua, beliau mempunyai niat untuk melafazkan," katanya.

Pada 27 Julai lalu, mahkamah menolak lafaz cerai Radhi terhadap isterinya selepas penyanyi berkenaan bersumpah menafikan dakwaan lafaz 'Oklah, I ceraikan you talak 3,2,1?' yang dikemukakan oleh Shazlin dalam permohonan cerai.

Mahkamah menetapkan perbicaraan bersambung 1 Disember depan.

MCA kini ada dua Timbalan Presiden

KUALA LUMPUR: Kemelut MCA terus berpanjangan dengan parti itu kini mempunyai 'dua' Timbalan Presiden apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) semalam memutuskan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang dipecat pada Ogos lalu, masih memegang jawatan berkenaan.

Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dilantik sebagai Timbalan Presiden oleh Jawatankuasa Pusat (CC) pada 15 Oktober lalu, pula mendakwa keputusan ROS melanggar Perlembagaan MCA.

Bagaimanapun, mesyuarat CC lebih lima jam di Wisma MCA di sini semalam, meluluskan usul menerima keputusan ROS dan Liow kembali menjadi Naib Presiden.

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, berkata ROS menetapkan bahawa tidak berlaku kekosongan jawatan Timbalan Presiden kerana keputusan mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA, 10 Oktober lalu, tidak memenuhi keperluan majoriti dua pertiga seperti dalam Perkara 35 Perlembagaan parti.

"Mesyuarat CC menerima usul keputusan ROS bahawa jawatan Timbalan Presiden tetap disandang Dr Chua. Dengan itu Liow akan kembali menyandang kerusi Naib Presiden," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat CC.

Turut hadir, Dr Chua, Setiausaha Agung, Datuk Wong Foon Meng dan Naib Presiden, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Ong berkata, parti itu tidak akan menghalang Liow untuk mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu.

Beliau turut mengumumkan mesyuarat CC menolak cadangan untuk mengadakan EGM bagi pemilihan baru seperti yang didesak 16 anggota jawatankuasa berkenaan sebelum ini.

Sebelum itu, Dr Chua pada sidang medianya mengumumkan beliau masih Timbalan Presiden selepas menerima surat pengesahan ROS, kira-kira jam 11.30 pagi.

Pada Ogos lalu, Majlis Presiden MCA memecat Chua berkuat kuasa serta-merta berikutan kes skandal seksnya.

Bagaimanapun, pada 19 September, CC membatalkan keputusan pemecatan itu dan sebaliknya mengenakan hukuman gantung keahliannya selama empat tahun.

Liow yang mengadakan sidang akhbar berasingan, pula berkata beliau akan mencabar keputusan ROS yang dianggap tidak sah kerana bertentangan dengan perlembagaan parti.

Katanya, beliau juga akan mendapatkan pengesahan mahkamah untuk membatalkan keputusan berkenaan.

"Pada EGM lalu, perwakilan tidak menerima usul untuk mengembalikan jawatan Timbalan Presiden kepada Dr Chua dan CC pula melaksanakan resolusi yang sudah diluluskan dalam EGM berkenaan. Pada 15 Oktober lalu, CC mengisytiharkan kerusi itu kosong.

"Ini bermakna CC sudah menggunakan Perkara 174 yang tidak boleh dipertikai dan dicabar oleh mana-mana pihak. Perkara ini turut disokong oleh Seksyen 18C, Akta Pertubuhan 1966," katanya yang ditemani Ketua Pemuda dan Wanita MCA, Datuk Wee Ka Siong dan Datin Paduka Chew Mei Fun.

Liow berkata, keputusan EGM tidak memerlukan majoriti dua pertiga kerana Dr Chua sebelum itu sudah digantung empat tahun sebagai ahli dan jawatan Timbalan Presiden.

"EGM dibuat susulan daripada penggantungan empat tahun oleh CC terhadap Dr Chua. Jadi dengan majoriti mudah saja, Dr Chua tidak boleh dilantik sebagai Timbalan Presiden," katanya.

Di PUTRAJAYA, Pendaftar ROS, Datuk Md Alias Kalil, berkata pihaknya berpendapat perlucutan jawatan Dr Chua tidak sah kerana tidak mendapat persetujuan dua pertiga perwakilan EGM.

"Selepas meneliti semua fakta, ROS berpendapat tidak berlaku kekosongan jawatan Timbalan Presiden MCA. Justeru, bagi ROS kedudukan pemimpin nombor dua dalam MCA kekal seperti dulu," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, ROS sebelum ini menyerahkan kepada MCA untuk menentukan kepemimpinannya kerana Dr Chua dan Liow menghantar surat memohon masing-masing diisytiharkan sebagai Timbalan Presiden.

"Bukan dalam bidang kuasa ROS untuk mengisytiharkan mana-mana orang sebagai Timbalan Presiden. Malah, dalam surat kepada MCA pagi ini (semalam) kita tidak mengisytiharkan sesiapa sebagai Timbalan Presiden tetapi ROS memberikan interpretasi keseluruhan episod... mulai daripada isu kekosongan jawatan sehingga kepada perlantikan pengganti.

"Berdasarkan kepada pandangan itu, MCA akan menentukan Timbalan Presidennya sendiri," katanya.

35 tuduhan rasuah

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abd Rahman Bakri dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai, Yap Soo Sun serta dua pembantu mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, terhadap 30 tuduhan membuat tuntutan palsu antara Januari dan Februari tahun lalu.

Turut didakwa di Mahkamah Sesyen berasingan, pegawai peribadi Exco kerajaan Selangor Ronnie Liu, Wong Chuan How dan bekas pegawai tugas khas Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri. Masing-masing menghadapi tiga dan dua tuduhan salah guna kuasa dan memalsukan dokumen.

Abd Rahman, 44, yang juga Ketua Umno Bahagian Sabak Bernam menghadapi lapan tuduhan mengemukakan butiran palsu untuk tuntutan berjumlah RM80,000 ketika menjadi Adun Sungai Air Tawar.

Bagi tuduhan pertama hingga ketiga, dia didakwa mengemukakan butiran palsu dalam tiga surat Adun membabitkan peruntukan RM10,000 setiap satu, bagi membeli hadiah, cenderamata dan mengadakan jamuan program motivasi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta meraikan pelajar cemerlang peringkat DUN Sungai Air Tawar.

Beliau juga didakwa mengemukakan butiran palsu dalam dua surat Adun membabitkan peruntukan RM10,000 setiap satu, bagi Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga serta Forum Perdana Peringkat Mukim DUN Sungai Air Tawar.

Bagi tuduhan keenam hingga kelapan, dia didakwa mengemukakan butiran palsu dalam tiga surat Adun membabitkan RM10,000 setiap satu untuk Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi; membeli hadiah, cenderamata dan mengadakan jamuan Program Motivasi UPSR serta membeli hadiah, cenderamata dan mengadakan jamuan Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga Guru Kemas Peringkat DUN Sungai Air Tawar.

Semua lapan program itu bagaimanapun tidak pernah diadakan.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam.

Hakim Syafeera Mohd Said memerintahkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan perbicaraan bermula 25 April sehingga 7 Mei 2010.

Pendakwaan dilakukan Ketua Bahagian Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa.

Di mahkamah berasingan, pembantu tadbir Abdul Rahman, Rosli Busro, 41, didakwa bagi lapan tuduhan bersubahat dengan Abdul Rahman untuk membuat tuntutan palsu itu.

Hakim Mat Ghani Abdullah memerintahkannya dijamin RM9,000 dengan seorang penjamin.

Di mahkamah sama, Yap, 43, menghadapi tujuh tuduhan mengemukakan permohonan peruntukan Adun mengandungi butiran palsu membabitkan RM70,000 untuk program mesra rakyat, sambutan Thaipusam dan Tahun Baru Cina.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah Hulu Langat pada 19 Januari dan 4 Februari 2008. Semua program itu bagaimanapun tidak pernah diadakan.

Mat Ghani menetapkan 3 hingga 7 Mei tahun depan untuk perbicaraan kes bersama-sama dengan pembantunya, Mohd Firdaus Abu Zarin, 41.

Terdahulu, Mohd Firdaus didakwa di mahkamah berasingan dengan tujuh pertuduhan bersubahat dengan Yap melakukan kesalahan itu.

Bekas Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri, 43, mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan, terhadap dua tuduhan memalsukan dokumen dan menipu membabitkan peruntukan bernilai RM50,000, tahun lalu.

Bagi tuduhan pertama, dia sebagai Pengarah Program Sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat didakwa menipu Pengerusi Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB), Datuk Karim Munisar, 59, dengan memperdayakannya bahawa Sekretariat Pakatan Rakyat (PR) memohon sumbangan bagi program itu sehingga mangsa menyerahkan RM50,000 kepadanya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan melakukan kesalahan itu di Gardenia Coffee House, Hotel Quality di sini, antara 1 dan 3 petang, 4 Jun 2008.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa menggunakan dokumen palsu 'Resolusi Pembukaan Akaun Parti Keadilan Rakyat Selangor' sebagai tulen di Maybank Bandar Sunway.

Dia dijamin RM10,000 dan perbicaraan kesnya ditetapkan 19 hingga 23 April depan.

Di mahkamah sama, Wong, 50, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan dan satu tuduhan pilihan memberikan butiran palsu borang peruntukan Exco, pecah amanah RM5,000 serta menyalahgunakan harta.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa memalsukan borang peruntukan Exco dengan melampirkan invois RM2,500 bagi membekalkan 2,500 bendera dan diserahkan kepada Pembantu Tadbir Kewangan Pejabat Daerah Sepang, K Mohana bagi memperdayakannya.

Tuduhan kedua, Wong didakwa melakukan pecah amanah sekeping cek RM5,000 iaitu wang untuk menganjurkan Perjumpaan Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) DUN Sungai Pelek manakala pertuduhan pilihan menyalahgunakan cek itu.

Syafeera memerintahkan tertuduh dijamin RM10,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 29 Mac hingga 2 April dan 12 April hingga 16 April 2010 bagi perbicaraan.

Wong juga didakwa di hadapan Mat Ghani melakukan pecah amanah terhadap sekeping cek CIMB Salak Tinggi bernombor 580438 bertarikh 30 Julai 2008, bernilai RM2,500.

Cek itu adalah wang peruntukan untuk program gotong-royong dan ramah mesra di Kampung Baru Langat, Sungai Pelek.

Toyota akan tinggalkan F1

TOKYO: Toyota Motor akan meninggalkan Formula Satu (F1) dalam usaha mengurangkan kos ketika syarikat automotif Jepun itu bertungkus lumus menghadapi kesan kegawatan ekonomi global, lapor akhbar Mainichi Shimbun hari ini.

"Toyota akan mengadakan mesyuarat luar biasa lembaga hari ini untuk membuat keputusan rasmi berhubung penarikan diri itu dan Presiden Akio Toyoda akan mengumumkannya pada satu sidang media di Tokyo," lapor akhbar itu tanpa menyatakan sumber berita itu.

Pengeluar terbesar kereta dunia itu enggan mengulas laporan berkenaan.

Akhbar itu melaporkan Toyota juga mungkin menimbang untuk menjual pasukan F1 itu.

Toyota menyertai F1 pada 2002 dan mengakhiri musim perlumbaan kali ini di tangga kelima dalam kategori pengeluar.

Jika penarikan diri Toyota disahkan, ini bermakna tiada syarikat Jepun terbabit dalam perlumbaan itu.

Dua hari lalu Bridgestone Corp menyatakan ia akan menamatkan pembekalan tayar pada perlumbaan tahun depan.

Honda sebelum ini menjual pasukan F1 selepas ia bertarung dengan kesan kegawatan ekonomi global. - AFP

Wang ehsan kepada Kelantan mulai tahun depan: PM

Wang ehsan kepada Kelantan mulai tahun depan: PM

KUALA LUMPUR: Mulai tahun depan, Kerajaan Pusat akan memberi wang ehsan kepada Kelantan hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu menerusi projek pembiayaan projek pembangunan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan demikian di Parlimen di sini, sebentar tadi.

Perdana Menteri berkata, bentuk projek yang akan disalurkan akan dibincangkan dengan Kerjaaan Kelantan.

Berita Harian, 04 Okt 09